39th Chapter

565 44 1
                                    

Apartment 503

Hafiy ke dapur mahu membuat sarapan bila matanya menangkap sekeping post it kuning yang dilekatkan dengan fridge magnet. Hafiy menarik post it tersebut.

"Aku keluar dan tak balik makan tengah hari. Aku balik sebelum makan malam nanti." - Mia

Hafiy meletakkan kembali post it tersebut di pintu peti dan mencapai cawan. Tekaknya terasa dahaga.

Aku kira dia akan duduk dalam bilik dia dan salahkan diri dia sepanjang hari ini. But I guess she's going out because she's okay. That's better.

Fikir Hafiy sambil dia menghabiskan segelas air masak. Dia dapat tahu semalam merupakan pengebumian ayah Naim, Encik Junaidi dan Naim dikhabarkan akan bercuti selama tiga hari.

Aku harap Naim tabah.

Hafiy kemudian mencapai roti dan juga jem strawberry dari peti. Itu akan jadi sarapannya hari itu. Tak ada mood dia nak masak beria sebab Mia tak ada. Dia juga berfikir mahu pesan dengan foodpanda je untuk makan tengah hari nanti.

Tapi nak masak apa ya makan malam ni... semalam dah ayam. Sotong? Udang? Ah better aku tanya Mia nanti.

+++

Damn it! Macam mana aku boleh tak perasan masa!

Rungut Mia sepanjang dalam perjalan pulang ke rumah. Hari dah gelap gelita dan jam menunjukkan pukul 10 malam. Dia teringat mesej yang dia berjanji mahu makan malam bersama dengan Hafiiy tapi akhirnya dia dah lambat 2 jam!

Mia meneka pedal minyak. Keretanya meluncur laju di jalan raya dan setiap kali dia berhadapan dengan lampu merah, keluar semua maki hamun. Dia membelok masuk ke parking lot apartmentnya dan hampir berlari dia menuju ke lobi lif. Dia menekan butang lif laju, seolah-olah bebuat demikian akan mempecepatkan pintu lif terbuka

Ting!

Pintu lif terbuka, dia menekan butang ke tingkat 5 dan sekali lagi dia menekan butang tutup pintu dengan cepat.

1

2

3

Cepatlah! Kaki Mia dah mula buat tarian tap. Menanti lif sampai ke tingkat 5.

4

5

Ting!

Pintu terbuka dan Mia laju keluar. Dia memang dah berlari kat koridor, menuju ke rumahnya.

Mia menekan passcode rumah dan membuka pintu sebaik kunci di buka. Sebaik masuk, matanya meliar mencari kelibat Hafiy.

Matanya berhenti pada sesusuk tubuh yang tertidur di sofa sambil memeluk bantal kecil. Mia mendekat dan duduk di lantai, sebelah dengan Hafiy yang masih lena diulit mimpi.

Dia nampak letih sangat.

"Fiy." Mia mengejut Hafiy dengan menepuk bahu Hafiy.

"Hmm." Hafiy memberi respon namun matanya masih belum terbuka.

Mia menahan tawa. Ini mesti Hafiy masuk mood log out.

"Oh aku ada dua mod tidur; standby mode dan log out mod. Dan malam semalam log out mod. A total blackout mode." Kata-kata Hafiy semasa mereka di Langkawi kembali ke ingatannya.

"Hafiy bangun. Sakit badan nanti tidur kat sini." Mia mengejut Hafiy. Kali ini dia melutut di sisi Hafiy, posisi yang agak tinggi dari dia duduk di lantai tadi.

Hafiy masih tiada tanda mahu bangun.

Unfair. Muka letih dengan misai dan jambang yang tak shave pun dia masih nampak handsome! desis Mia.

Make Believe Love Story ✅Where stories live. Discover now