46th Chapter

706 54 6
                                    

"Hafiy mana? Your beloved husband?"

I don't know and I wish I know.

Dan dengan itu, hari berganti hari, minggu berganti minggu.

1 minggu

2 minggu

3 minggu

4 minggu

Dan hari ni genap 5 minggu Hafiy hilang tanpa berita. Mia tahu dia boleh jejak Hafiy jika dia mahu, hingga ke lubang cacing sekalipun dia boleh cari Hafiy namun dia mahu percayakan Hafiy. Dia mahu percaya yang suatu hari nanti, Hafiy akan kembali padanya.

Kau kat mana Hafiy.

Mia duduk di bilik pejabatnya sambil bermain cincin perkahwinan mereka yang kini tersarung di jari manisnya. Bukan lagi tergantung di lehernya.

Dalam tempoh beberapa minggu kebelakangan ini, dia sibuk turun naik balai polis dan ada masa dia dipanggil untuk jadi saksi di mahkamah namun bayang Hafiy tiada di mana-mana.

Hafiy, please come back.

Mia bersandar pada kerusinya dan menarik nafas dalam. Memejam matanya dan memori dia dengan Hafiy kembali satu per satu. Hafiy yang sentiasa ada untuk dia, Hafiy yang selalu tersenyum, Hafiy yang melayan kerenahnya tanpa banyak cerita.

Knock! Knock!

"Masuk." Mia membuka matanya dan memandang ke arah pintu bilik pejabatnya yang terbuka.

"Encik Fahim dah sampai." Maklum Wawa.

Sejak kejadian yang berlaku di cyber cafe dan semua kekacauan yang terjadi sebelum ini, Mia mengambil keputusan untuk menutup cyber cafe itu. Wawa dan Nurul ditawarkan untuk bekerja dengannya di XE Tech. Wawa kini merupakan pembantu peribadinya dan Nurul ditempatkan di Human Resources Department.

Mia mengangguk dan dia berdiri dari kerusi.

"Bawa dia ke bilik mesyuarat. Semua head of department and board of director dah ada kan?" soalan Mia dibalas dengan anggukan dari Wawa.

"Great."

+++

"Mulai hari ini, Encik Mohd Fahim telah dilantik secara rasmi sebagai penasihat undang-undang bagi XE Tech. Jadi segala urusan yang berkaitan dengan undang-undang dan juga kontrak, boleh rujuk dengan Fahim & Co. Law Firm. Pejabat beliau terletak di bangunan sebelah so I hope we can work well together."

Tepukan gemuruh diberikan sebaik Mia menghabiskan kata-katanya. Fahim melempar senyuman terima kasih pada Mia.

Saat Mia tiba-tiba datang kepadanya dan membuat tawaran, dia tidak percaya akan kata-kata Mia. Mia bukan sahaja menawarkan pekerjaan itu kepada dirinya sahaja malah kepada kawan-kawannya yang bekerja di law firm itu juga. Menurut Mia, dia dan kawan-kawannya tidak layak berada di situ, sekadar diberikan kes-kes kecil sedangkan mereka ada potensi yang besar. Jadi Mia membantu Fahim menubuhkan law firmnya sendiri dan Mia mengangkat law firm itu menjadi penasihat undang-undang kepada XE Tech yang kini sedang menempah nama di dalam industry. Ini cara Mia membuat law firm Fahim lebih cepat dikenali.

"Thanks for helping me Mia." kata Fahim saat mereka keluar dari bilik mesyuarat. Jujurnya, tiada kata yang mampu dia guna untuk luahkan rasa terima kasihnya pada Mia. Dia dan Mia tidak terikat dengan pertalian darah namun Mia sentiasa ada untuknya.

"I have done nothing. Now you are on your own. Do your best and don't let me down." Mia senyum. Begitu juga Fahim.

"I won't let you down dan terima kasih sebab percayakan aku."

Make Believe Love Story ✅Where stories live. Discover now