50th Chapter [End of Main Story]

1.1K 41 2
                                    

6 bulan kemudian

Apartment 503

Mia duduk di sofa dengan kedua anaknya di dalam buai. Tidur dengan lenanya selepas menyusu.

"Bila diorang sampai?" soal Hafiy, masih dengan apron, menyediakan makanan kerana Maria dan Jenny katanya mahu datang melawat Mia yang sudah seminggu keluar dari hospital.

Alhamdulillah Mia selamat melahirkan bayi kembar yang sihat di hospital Malaysia. Semasa kandungan Mia masuk enam bulan, mereka balik ke Malaysia bersama Mrs Baker dan Mr Baker. Ibu bapa Hafiy kini sudah berhijrah ke Malaysia dan tinggal di apartment 403, apartment yang pernah menjadi markas mereka dahulu. Apartment yang asalnya dibeli bagi diubahsuai menjadi rumah dua tingkat dengan rumah 503 ini. Namun saat itu, Mia batalkan niatkan kerana berfikir, rumah besar buat apa kalau dia akhirnya akan duduk sendiri.

"Kata Maria diorang dah kat parking." jawab Mia sambil melihat telefonnya. Mia kemudian bangun dari sofa bagi mengambil tudung untuk disarung.

Ding! Dong!

Bunyi loceng pintu dibunyikan menandakan mereka sudah sampai. Hafiy membuat isyarat supaya Mia duduk di kerusi, biar dia sahaja yang membuka pintu.

Sebaik pintu dibuka, wajah-wajah gembira menyapa.

"Masuklah. Mia ada kat ruang tamu." Lawa Hafiy dan laju Maria serta Jenny berjalan masuk, tidak mengendahkan Hafiy di situ. Syafiq hanya menggeleng kepala melihat mereka berdua kemudian dia berjabat tangan dengan Hafiy.

"Tahniah dan selamat." Ucap Syafiq.

"Terima kasih." Balas Hafiy.

"Tahniah Encik Hafiy dan ini hadiah dari kami." Ucap satu suara yang membuatkan Hafiy memandang ke arah seorang lelaki yang tidak pernah dia lihat sebelum ini.

Dia melihat lelaki yang memiliki senyuman ceria ini dari atas ke bawah kemudian keatas kembali.

Siapa dia?

Kenapa dia kat sini?

Dia datang dengan siapa?

+++

"Mia, congratulation!" Maria memeluk Mia erat. Begitu juga Mia.

"I'm so happy for you." kini giliran Jenny pula untuk memeluk Mia. Mereka tidak dapat datang semasa Mia di hospital kerana mereka berdua kebetulannya ada urusan pada waktu itu jadi mereka memilih untuk datang hari ini. Anak-anak Jenny ditinggalkan dengan ibunya untuk hari ini.

Maria sudah duduk sebelah buai, melihat si kembar.

"Eiii cutenya diorang. Kau dah ada nama ke untuk twin ni?" soal Maria. Matanya masih memandang si kembar tak beralih. Dia geram nak picit pipi tembam si kembar ni namun dia tahan. Budak ni umurnya baru 7 hari.

"Dah. Yang perempuan, Fadhilah Aulia. Yang lelaki, Fayyad Aminuddin." jawab Mia.

Kini bukan sahaja Maria, malah Jenny juga turut berada di buai, melihat si kembar.

"Fadhilah ikut muka Hafiy, Fayyad pula ikut muka Mia. Kan Maria?" kata Jenny.

Maria mengangguk.

"I bet your kids will be very gorgeous growing up." Kata Maria kemudian dia memandang Mia dengan pandangan serious.

"Mia, if your kid want to join entertainment industry later, please sign up with my agency. I'll make the best contract for you." sempat Mia scouting untuk syarikatnya.

Tawa Mia dan Jenny pecah.

"Diorang baru melihat dunia Maria. Chill." Kata Jenny.

"Masa depan siapa yang tahu." Maria berkata selamba.

Make Believe Love Story ✅Where stories live. Discover now