21st Chapter

602 41 1
                                    

Apartment 503

"I have come back. Like I promised." Hafiy berkata dengan senyuman.

Mia memandang Hafiy yang kini sudah duduk di lantai, bersebelahan dengan sofa yang dia berada sekarang dengan pandangan kosong. Jujurnya dia masih mamai.

"Kenapa tidur kat sini?" soal Hafiy lembut.

Mia melihat sekeliling dan dia melepas nafas berat. Fail dan dokumen memenuhi meja kopi dan dia masih di dalam baju kerjanya tadi siang - kemeja dan suit pant. Dia tertidur di sofa saat dia melawan rasa sakit di pinggangnya. TMI: pinggangnya masih sakit.

"Aku ingat kau akan balik lagi several days." Kata Mia sambil memicit pinggangnya.

"Things happen so kami rush balik sini." Jawab Hafiy dan dia perasan Mia yang sedang duduk tegak sambil memicit pinggang.

"Kau kena ambush ke?" soal Mia dan dia kemudian memegang kedua belah pipi Hafiy dan menolehkan kepala Hafiy ke kiri dan kanan, seperti dia membuat pemeriksaan ke atas wajah Hafiy.

"Nasib baik tak ada luka." Mia berkata perlahan.

"Mia, I'm okay. Alhamdulillah. You can stop worrying now." Hafiy memegang tangan Mia dan menepuknya lembut, memberi isyarat yang semuanya baik-baik sahaja.

Mia menarik kembali tangannya. Bila Hafiy memegang tangannya barulah dia sedar yang tangannya dah terlebih dahulu membuat tindakan sebelum dia berfikir.

How bold Mia! Mia memarahi dirinya.

"Okay." Jawab Mia pendek kemudian dia kembali memicit pinggangnya. Rasa sengal-sengal tu tak jua hilang.

"Sakit pinggang?" soal Hafiy bila dia melihat Mia dari tadi kelihatan tidak selesa. Mia mengangguk.

"Can I help you with that?" pinta Hafiy.

"Huh?" dia nak buat apa? Mia memandang Hafiy dengan penuh tanda tanya.

"Jangan pikir bukan-bukan. Aku cuma nak tolong picitkan pinggang kau je. You look like you're so uncomfortable. But it's okay if you don't want it." kata Hafiy. Dia kini sudah berdiri.

Dia memandang Mia, menanti jawapan Mia.

"If you insist then, please help me. Sakit dia hari ni lebih dari biasa." Mia menerima tawaran Hafiy.

Mia duduk bersila di sofa dan duduk menghadap ke balkoni, membelakangkan Hafiy. Angin malam yang bertiup sejuk dari sliding door yang terbuka itu sedikit sebanyak menyejukkan wajahnya yang sedang membahang.

Hafiy pula duduk menghadap belakang Mia dan mula memicit pinggang Mia.

"Feels better?" soal Hafiy.

"Yeah." jawab Mia pendek. Dia dapat rasa wajahnya kini confirm dah merah padam.

Stop blushing Mia! Aku harap dia tak nampak. Desis Mia.

Hafiy melihat ke depan, kearah belakang Mia. Dia terpandang telinga Mia yang sudah memerah. Dia menahan tawa.

Siapa dulu yang nak chill as roommate? Now you're the one that blushing right now.

"Kau nampak macam busy je. I thought managing a cyber cafe tak perlukan a lot of paperwork." Hafiy mencipta topic untuk keluar dari akward silence antara mereka. Dia pun perasan segala fail dan dokumen yang memenuhi meja kopi di ruang tamu mereka itu.

"Ha? Tu kan... oh ya. Aku lupa kau tak tahu tentang tu." Mia tidak menghabiskan ayatnya.

"Tentang apa?" soal Hafiy. Bila Mia berhenti tiba-tiba macam tu, makin kuatlah rasa ingin tahu Hafiy.

Make Believe Love Story ✅Where stories live. Discover now