34th Chapter

608 42 0
                                    

Apartment 503

Hafiy mencapai beg kecilnya dan berjalan ke pintu mahu ke rumah 403, di mana Henry berada.

Ding! Dong!

Mia dah balik ke? Awal juga...

Hafiy membuka pintu dan terasa jantungnya berhenti berdegup. Encik Hazwan dan Puan Dahlia kini berada di depan pintu.

"Ayah, ma. Masuklah. Kenapa tak bagitahu nak datang?" Hafiy terus memasang wajah ceria. Hafiy membuka pintu dan menjemput bapa dan ibu mertuanya masuk sambil sebelah tangannya dengan laju mencabut house rule yang mereka tampal di sebelah pintu.

House rule yang entah berapa banyak mereka langgar.

"Mia belum balik lagi?" soal Encik Hazwan. Dia dan Puan Dahlia sudah duduk di ruang tamu. Itu kali pertama mereka masuk ke rumah Hafiy dan Mia. Matanya meliar melihat keliling.

Dan ini kali pertama Hafiy berjumpa dengan Encik Hazwan semenjak hari Mia mengumumkan dia sebenarnya merupakan presiden XE Tech. Menurut Puan Dahlia, Encik Hazwan ada urusan keluarga dan dia tidak berada di rumah.

Melihat Encik Hazwan di sini, itu bermakna urusannya telah selesai dan kini dia mahu selesaikan urusan dengan Mia.

"Belum lagi. Masih kat CC kot." Jawab Hafiy. Tangannya sudah mencapai jug dan sudu untuk membancuh air.

"Eh? Bukan ke CC dah tutup beberapa hari sebab renovation?" Encik Hazwan memandang Hafiy.

"Oh...." Panjang 'oh' Hafiy sambil dia mencari idea nak pusing syak wasangka Encik Hazwan.

"Dia ke CC sebab nak pantau renovation tu. Dia nak tengok sendiri sama ada renovation tu berjalan dengan lancar atau tak." Jawab Hafiy kemudian melempar senyum.

Encik Hazwan mengangguk.

"Banyak pula masa dia. Bukan ke dia sekarang dah jadi bos besar?"

Untuk kata-kata Encik Hazwan yang ini Hafiy hanya mampu tersengih. Hafiy meletakkan sedulang air teh panas di atas meja di ruang tamu. Dia menuangkan air teh ke dalam cawan dan menghidangkannya pada Puan Dahlia dan Encik Hazwan.

"Jemput minum ayah, ma." Jemput Hafiy.

"Call Mia. Minta dia balik. Ayah nak cakap something dengan dia." kata Encik Hazwan dengan nada tegas dan Hafiy laju menganguk, menurut.

Dia mencapai telefon dan berjalan ke balkoni untuk menghubungi Mia.

Sebaik talian disambung, Hafiy terus memotong kata-kata Mia.

"Sayang, sayang kat ofis ke?"

"Oi kau dah kenapa?"

Hafiy dah agak itu yang akan dijawab oleh Mia.

"Oh tak ada apa. Ayah dengan ma datang rumah ni." bagitahu Hafiy.

"Ayah nak apa datang rumah?"

"Kata ayah dia ada something nak bincang dengan sayang. Jadi kalau boleh, dia nak sayang balik awal hari ini."

Calling her 'sayang' is cringe tapi nak buat macam mana... sorry Mia...

"Tak boleh ke tunda discussion tu?"

Hafiy dapat merasa betapa 'annoyed' nya Mia saat itu.

"I don't think so. He looks pretty serious right now." Kata Hafiy dan dia menjeling kearah Enck Hazwan yang sedang memandang ke arahnya.

"Yelah. Aku balik." jawab Mia sebelum talian dimatikan.

"Okay sayang. Hati-hati." Kata Hafiy sedangkan saat itu Mia sudahpun menutup panggilan.

Make Believe Love Story ✅Nơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ