32nd Chapter

554 37 3
                                    

Panggilan Hafiy masih tidak diangkat. Hafiy keluar dari rumah dan berlari menuju ke lif. Kalau Mia tiada di rumah, maknanya Mia masih di luar, di satu tempat dan menggigil ketakutan, sendirian.

Pintu lif dibuka dan Hafiy menekan butang ke tempat parking. Hafiy jadi tak sabar. Lif terasa bergerak bergitu perlahan.

Ting!

Pintu lif terbuka dan Hafiy berlari keluar. Dia berlari menuju ke tempat parking rumah mereka, mencari kereta Mia.

Langkah Hafiy mati. Kereta Mia ada di tempat parking, menandakan Mia sudahpun sampai di rumah.

Tapi mana Mia?

Hafiy teringat sesuatu dan dia berlari semula ke pintu lif. Dia menekan butang lif dengan laju dan melihat semua lif sedang digunakan, Hafiy kemudian berlari ke tangga. Dia berlari mendaki tangga menuju ke tingkat lima. Dua kali dia tersadung di tangga gara-gara nak cepat namun dia laju bangun, tidak mengendahkan luka di lututnya. Dalam fikirannya adalah untuk mencari Mia.

Dia tidak mahu Mia ketakutan sendirian seperti saat itu. Kali ini, dia mahu berada di sisi Mia.

Sampai di tingkat lima, Hafiy keluar dan menuju ke rumahnya.

"Mia!" panggil Hafiy sebaik dia mahu ke rumah.

Dia mencari Mia. Dia membuka pintu bilik air - kosong. Dia mengetuk pintu bilik Mia, tiada jawapan. Dia memulas tombol bilik Mia yang tidak berkunci.

"Mia, aku ni. Kau okay tak?" Hafiy belum lagi membuka pintu bilik Mia. Dia mahu mendengar jawapan Mia. Namun sepi.

"Aku masuk ya." kata Hafiy dan bila dia membuka pintu, kosong. Kelibat Mia tiada di situ.

Kat mana Mia?

Hafiy memandang pintu biliknya.

Tak mungkin tapi...

Hafiy berjalan menuju ke pintu biliknya. Hafiy memulas tombol pintu biliknya dan membuka pintu.

"Mia." kata Hafiy sepatah dan dia melepas nafas lega. Mia ada di biliknya, siap berbungkus dengan selimut, sedang duduk di katilnya.

Mia menoleh kearah Hafiy dan Mia beberapa kali membuka mulut namun tiada patah kata yang terkeluar.

House rule no 2: Parti A (Mia) tidak akan masuk ke ruangan peribadi Parti B (Hafiy) dan vice versa.

Dan Mia berada di ruangan peribadi a.k.a bilik Hafiy di saat Hafiy tak ada. Ini adalah pencerobohan privasi!

"A...aku b...boleh explain." Kata Mia sedikit gagap bila Hafiy berjalan mendekatinya yang sedang duduk di katil.

"Mati-mati aku ingat kau belum sempat sampai rumah sebelum hujan tadi." Kata Hafiy, cuba berlagak tenang. Hakikatnya, lututnya bila-bila masa sahaja boleh give up dan dia boleh terduduk di situ sebab berasa begitu lega melihat kelihatan Mia yang masih okay walaupun hujan ribut yang kuat di luar.

Mia tersengih dan sedikit mendongak melihat Hafiy yang berdiri di depannya ini.

"Sorry. Aku nak call inform kau since kau tak ada kat rumah tapi ribut kuat sangat tadi." Jawab Mia.

Guruh berdentum di luar buat Mia memejam matanya kuat dan badannya menggigil ketakutan.

"Since kau dah balik, aku keluar dulu." Mia membuka kembali matanya dan menurunkan selimut dari badannya dan mahu bangun, keluar dari bilik Hafiy.

"Stay." Kata Hafiy. Mia berhenti bergerak. Hafiy menarik selimutnya dan menyelimuti Mia.

"Kenapa kau ada kat bilik aku instead of yours?" soal Hafiy. Dia mengambil tempat di sebelah Mia.

Make Believe Love Story ✅Where stories live. Discover now