40th Chapter

696 40 0
                                    

King's Boxing Gym

Naim duduk di sebuah kerusi di dalam bilik training itu. Mia berjalan menuju ke tingkap dan dia memandang keluar, seolah-olah memastikan tiada sesiapa di luar bangunan gym itu. Mia kemudian kembali berjalan menuju ke arah Naim. Naim sudah membelek fail yang berisi maklumat berkenaan Taylor Smith.

"Taylor Smith. Dia pembunuh ayah kau dan juga dalang yang perangkap Hafiy dan Henry." Kenyataan Mia buat Naim memandangnya tidak percaya. Mia mengangguk.

"Aku tak tahu cerita penuh tentang penglibatan dia dalam kes pembunuhan Chief Willliam tapi apa yang aku tahu, jenayah yang dia dah lakukan sepanjang dia kat sini, is already unimaginable."

Mia duduk di sebuah kerusi kosong, menghadap Naim. Dia menyelak helaian kertas ke halaman seterusnya di mana muka dua tahanan mereka terpampang di situ.

"Mereka berdua ni orang suruhan Taylor. Mereka di arahkan untuk bunuh Luqman sebab Luqman dah belot mereka. Kita juga tahu yang mereka berdua tiada lidah kan? Itu semua kerja Taylor. She's the one that cut it off." Mia membuat penerangan.

"Macam mana kau tahu ini kerja Taylor?" soal Naim.

"I have found ways to force them to speak." Kata Mia merujuk kepada dua orang tahanan itu. Mia tayang muka selamba.

Naim ingin tahu cara Mia tapi dia diamkan je. Mengenali Mia, dia yakin cara Mia pun 'unimaginable' sampai akhirnya dua tahanan tu 'buka mulut'.

Some things better left unsaid.

"How about the murder of the police officer?" soal Naim bila dia teringat tentang pembunuhan di hospital itu.

"She's the one who did it. Dari CCTV ni aku tahu tu dia." Mia menyelak halaman sebelah dan menunjuk kepada gambar yang diambil dari rakaman CCTV semasa hari kejadian.

Naim diam, memproses maklumat yang diberikan oleh Mia.

"Kau ingat tak yang Luqman kata dia menerima arahan dari seorang lelaki yang dipanggil 'Sir'?" tambah Mia. Naim mengangguk.

"Itu ayah Taylor. Her father is her accomplice from the beginning. He's the one yang hantar Luqman pada aku."

"For what reason?"

"Sebab aku ada kaitan dengan Hafiy." jawab Mia.

"Jadi kau nak cakap, semuanya bermula dengan ayah dia, Mr Smith. Mr Smith yang upah Luqman untuk cederakan kau sebab kau ada kaitan dengan Hafiy. Tapi since Luqman gagal dan malah bersetuju jadi spy kita, dia bunuh Luqman?" Naim cuba membuat sambungan dari satu maklumat ke maklumat yang lain.

"Close enough but not correct. Mr Smith never kill anybody. Semua pembunuhan, Taylor yang buat. Firasat aku mengatakan yang even kes pembunuhan yang di US tu pun, Taylor yang buat. Tapi Mr Smith cover semua jejak Taylor dengan memerangkap Hafiy dan juga Henry. Thus came out the most perfect crime in the world. But then in Malaysia, she go for a killing spree. Dia arah those guys untuk bunuh Luqman, then she, herself killed that police officer, killed her father and recently your father."

"Wait. Wait. Ayah dia? Kau nak kata Mr Smith dah mati?" potong Naim.

"I'm not sure much. Itu hanya firasat aku, tapi aku rasa ya. I manage to track down Mr Smith bank account and phone calls tapi semuanya berakhir pada masa dan hari yang sama- the day Taylor bunuh polis officer tu. Hari-hari selepas itu, Mr Smith seolah-olah hilang dari radar. Jadi aku check all the CCTV footage, finding trace of Taylor dari hospital dan ia membawa aku ke sini." Mia menunjuk ke satu gambar rakaman CCTV yang menunjukkan seorang janitor keluar dari sebuah apartment usang dengan menolak troli yang besar. "Her hiding."

Make Believe Love Story ✅Where stories live. Discover now