42nd Chapter

583 41 1
                                    

Peralatan dan senjata yang diperlukan disusun di atas meja. Henry, Hafiy, Mia dan Naim berkumpul sebelum bergerak ke tempat yang telah ditetapkan. Anggota yang lain sudahpun bergerak ke tempat yang ditetapkan, menunggu di lokasi masing-masing. Menurut rancangan, mereka akan menyelinap masuk ke gudang terbiar di hujung bandar, di mana Taylor bersembunyi. Henry dan Naim menyarung jaket kalis peluru. Mia menghulurkan satu kepada Hafiy.

"Kau tak pakai?" soal Hafiy.

"Aku tak perlukan jaket ni. Aku kan behind the scene je." Kata Mia. Menurut rancangan mereka, Mia hanya akan duduk di satu kedudukan yang tersorok, dan bertugas sebagai sniper. Mia tidak akan terlibat secara langsung di lapangan.

Naim meneguk air bagi menenangkan dirinya. Mendengar kata-kata Mia buat dia tidak senang.

Hafiy memandang Mia seperti ada sesuatu yang mahu dia katakan namun dia diamkan sahaja.

"She will be alright. Trust her." bisik Henry di telinganya. Saat itu, Mia sudah membantu Naim memasukkan barang keperluan mereka di kereta.

"Aku tahu tapi aku rasa tak sedap hati." Balas Hafiy.

+++

"Okay plan revision. Hafiy dan Henry akan masuk dulu ke gudang tu while I'll be outside, waiting for the signal from you guys. Mia will wait for my signal from your post. Since Taylor's main target is Hafiy and Henry, you two need to be very carefully. Even we have been know that there are not many people in there, we never know unless we are inside. Kita bercakap tentang Taylor sekarang ni. She's unpredictable." Kata Naim.

Mereka sudah memerhati gudang tersebut dalam beberapa hari ni jadi mereka tahu Taylor tidak bersendiri. Dia ada kaki dan tangan yang membantu dia di sini.

"Jadi nanti aku drop Mia dulu untuk Mia pergi ke posisi dia, then kita bertiga akan terus ke gudang itu." sambung Naim.

"Baik."

"Okay."

"Noted."

Jawab mereka bertiga. Mia mengeluarkan sepucuk pistol dan memenuhkan peluru di dalam tu.

"Did you need that?" soal Henry.

"In case of emergency, yeah." jawab Mia dengan senyuman.

Kereta Niam berhenti dan Mia membuka pintu kereta.

"Mia!" panggil Hafiy. Langkah Mia mati dan dia memandang Hafiy.

"Hati-hati." Kata Hafiy. Mia mengangguk dan senyum.

"Kau pun."

Pintu ditutup dan dari cermin kereta, Hafiy melihat Mia sudahpun hilang, menuju ke posisinya.

+++

Henry dan Hafiy menyelinap masuk ke gudang itu dari celahan pintu.

"Why is it so quite?" soal Henry sambil matanya meliar melihat keliling. Gudang yang sebelum ini berpenghuni, kini kelihatan seperti terbiar.

Bekas makanan kosong bersepah, ada yang sudah naik kulat. Sepertinya sudah lama ditinggalkan.

Hafiy tidak menjawab soalan Henry.

Dia juga tidak dapat merasakan kehadiran sebarang entity di sini. Perlahan dia melangkah semakin dalam ke dalam gudang itu. Dia sampai ke dalam satu bilik yang tertutup. Dia menolak pintu tersebut namun pintu itu berkunci.

Dia memberi isyarat pada Henry untuk memerhati keadaan sekeliling kerana dia akan menendang pintu bilik ini.

BANG!

Pintu terbuka dengan satu tendangan kuat dari Hafiy.

Hafiy dan Henry mengacu pistol ke dalam bilik kosong itu. Seperti di depan tadi, di bilik ini juga kosong tanpa penghuni.

Make Believe Love Story ✅حيث تعيش القصص. اكتشف الآن