23rd Chapter

639 46 5
                                    

"Kamu berdua boleh guna bilik ni." Mak Long Piah memberikan bilik paling hujung di rumahnya kepada Mia dan Hafiy.

"Terima kasih Mak Long." Kata Mia dengan senyuman namun senyuman itu kelihatan palsu di mata Mak Long Piah.

"Huh!" Mak Long Piah berjalan pergi meninggalkan mereka berdua. Mia melambai kemudian dia membuka pintu bilik.

"Well at least dia still bagi kita a decent room. I expect she will give us a store room." Mia masuk dan terus menghenyakkan badannya ke katil queen di bilik itu.

"Mana mungkin dia akan buat macam tu. Walau macam mana pun, dia still mak saudara kau. Technically." kata Hafiy yang turut masuk ke bilik sambil menarik bagasinya dan bagasi Mia.

Mia senyum sinis.

"Never underestimated her. Dia pernah suruh aku cari homestay sendiri gara-gara semua bilik kat rumah dia ni dah penuh dengan married couple. Mentang-mentang masa tu aku tak kahwin, dia treat aku macam dirt. That cold hearted old woman!" omel Mia. Dia masih berbaring di katil. Hafiy sudah berada di satu sudut, membuka bagasinya mencari baju tidur.

Hafiy ketawa mendengar bebelan Mia. Terhibur dia.

"Dah. Enough talking about that auntie. Let just rest for tonight. Aku dah rasa mengantuk." Hafiy berdiri dengan tuala dan baju di tangannya. Dia menguap dan menggosok matanya.

"Kau pergilah mandi dulu. Bilik air kat sebelah bilik kita ni je." Kata Mia kemudian dia meniarap sambil menaip sesuatu di telefonnya.

"Okay."

+++

Penthouse Danish

"Tak sangka kau akan call aku malam-malam macam ni." jawab Danish sebaik dia mengangkat panggilan telefon yang masuk tadi.

"Sebab aku malas nak taip." Jawab Mia di hujung talian. Dingin dan beku.

Danish senyum.

"Don't be so cold. So tell me, kenapa kau call instead of typing? Kau tak suka restoran yang aku pilih ke? If that so, I'll let you decide. Since I'm a nice guy." Danish duduk bersilang kaki di sofa.

Baru tadi dia menghantar mesej kepada Mia tentang lokasi dan masa 'date' mereka yang pertama sejak dinner yang Mia tinggalkan dia sendirian beberapa hari yang lalu.

Mia ketawa sinis di hujung talian.

"Nice guy? Pfft. Anyway, tentang deal kita ni, aku ada something yang aku nak bagitahu."

+++

Rumah Mak Long Piah

Hafiy selesai mandi dan dia melihat Mia sedang bercakap di teledon saat dia masuk ke dalam bilik. Rasa ingin tahunya membuak-buak. Yelah, siapa yang Mia call di tengah malam macam ni? Lelaki? Perempuan? Siapa?

Hafiy mengelap rambutnya sambil dia melihat Mia. Dia berdiri di bucu katil dan Mia sedang duduk di birai katil.

"So itu jelah yang aku nak bagitahu. I have no need for that and let just keep things professional."

Mia mematikan telefonnya dan memandang Hafiy yang berdiri di bucu katil. Laju Hafiy mengalih pandangannya sebaik Mia menoleh kearahnya.

"Kau mesti nak tahu dengan siapa aku bercakap tadi kan?" soal Mia.

"Mana ada." Jawab Hafiy serta merta dan dia berjalan menuju ke bagasinya. Dia duduk di sebelah bagasinya dan mengeluarkan toto serta selimut.

Hafiy dan Mia awal-awal lagi sudah buat persediaan untuk keadaan yang jelas dan sudah pasti - mereka akan tidur di dalam bilik yang sama. Jadi mereka membawa toto serta selimut untuk sesiapa yang bakal tidur di lantai. Oleh kerana Hafiy kalah game 'rock-paper-scissor', maka Hafiy lah yang akan tidur di lantai beralaskan toto.

Make Believe Love Story ✅Where stories live. Discover now