48th Chapter

951 49 1
                                    

Hari hari bahagia berlalu tanpa mereka sedar yang cuti Hafiy sudah hampir tamat. Lebih kurang dua bulan Hafiy di Malaysia, kini dia perlu balik ke Amerika dan kembali bekerja seperti biasa. Menurut Hafiy, sebaik dia masuk kerja, dia akan membuat permohonan untuk dipindahkan ke Malaysia agar dia lebih dekat dengan Mia. Tapi kalau ikut Mia, dia yang mahu pindah ke Amerika, bawa sekali XE Tech HQ ke sana.

Dan semestinya Hafiy menolak idea Mia sebab pada dia, lebih baik dia yang pindah ke Malaysia. Keluarga dan kawan-kawan Mia kebanyakannya ada di sini jadi dia tidak mahu membawa Mia pergi dari lingkungan orang-orang yang menyayangi Mia. Selepas dia pindah ke Malaysia, barulah dia akan carikan rumah untuk ibu bapanya berpindah ke Malaysia. Itupun kalau ibu bapanya setuju.

Aku kena bincang dengan diorang nanti. Desis Hafiy. Hafiy teringat yang ibu bapa angkatnya itu pernah berkata mahu tinggal di Malaysia kerana mereka rasa hidup di negara Islam adalah lebih baik dan selesa daripada di Amerika. Hafiy kini baru selesai buat check in untuk flightnya pada esok hari.

Ring! Ring!

Untuk kesekian kalinya telefon Mia berdering. Hafiy yang berbaring di katil, memanjangkan tangannya untuk mencapai telefon Mia yang terletak di meja tepi katil.

Siapa yang call malam-malam hari ni?

Hafiy melihat nama yang tertera di skrin. Ada 10 panggilan dari Kevin dan 5 daripada Shaun.

Macam penting je.

Hafiy bangun dari katil dan turut membawa telefon Mia. Saat itu juga, telefon Mia berdering lagi. Panggilan dari Kevin.

"Yang! Ada call untuk awak. Saya rasa ni penting!" Hafiy mengetuk pintu bilik air. Mia sedang mandi. Bunyi shower kini mati menandakan Mia sudah menutup pili air.

"Dari siapa?" soal Mia yang kini berkemban dengan tuala sebaik dia membuka pintu bilik air. Sepertinya dia sedang shampoo rambut kerana buih shampoo masih di rambutnya.

"Kevin." Jawab Hafiy sambil menunjukkan skrin telefon Mia.

"Tolong angkatkan. Tangan saya basah." Pinta Mia dan Hafiy menurut.

Pelik Kevin call malam-malam macam ni. desis Mia.

"Ada apa Kevin?" soal Mia. Telefonnya dilekapkan ke telinganya dengan bantuan Hafiy.

"HA?! Macam mana boleh jadi macam tu? Okay tak apa. Aku settle dari sini je."

+++

Jari jemari Mia laju menaip di keyboard. Matanya focus pada nombor-nombor dan tulisan di skrin komputernya sehingga Hafiy masuk ke bilik komputernya pun dia tidak perasan. Sebaik mendapat panggilan dari Kevin, dia segera mencuci rambutnya, menyarung pajama dan terus masuk ke bilik komputernya. Dia sudah mengeluarkan arahan kepada Shaun dan juga Kevin untuk membantunya dari lokasi masing-masing - Shaun di biliknya di XE Tech dan Kevin dari bilik computer di rumahnya.

"Ni ada biskut dan buah. In case you want some snack." Kata Hafiy sambil meletakkan sepinggan buah dan biskut di meja Mia.

"Thank you bie." Ucap Mia. Matanya masih focus pada skrin.

"Apa yang jadi?" soal Hafiy. Dia memicit bahu Mia sambil matanya turut memandang skrin computer Mia.

"Ada orang hacked sistem kami dan masukkan virus. Kalau saya tak selesaikan ni dalam masa 24 jam, XE Tech is done. And we are dead." Jawab Mia. Selesai dia menaip sesuatu di computer, dia mencapai pula telefonnya. Menghantar mesej pada Shaun bertanya tentang progress di pihaknya.

Hafiy hanya memerhati Mia yang kini di dalam mod serius. Dia nak tolong, tapi dia pun tak tahu apa-apa tentang sistem, programming dan yang seangkatan dengannya. Dia perhatikan Mia dan perasan rambut Mia yang masih basah. Dia keluar dari bilik computer itu. Tidak lama kemudian, Hafiy kembali dengan pengering rambut.

Make Believe Love Story ✅Where stories live. Discover now