Final Story : 10 Years Later

826 50 11
                                    

SK Mahmud Mat

Kelas tahun 4-1

Crash!

Bang!

Meja terbalik dan buku-buku berterabur di lantai. Semua perhatian beralih ke arah tiga orang budak lelaki yang sedang berdiri mengelilingi seorang budak lelaki yang menjadi mangsa tolakan mereka tadi. Nak datang membantu, mereka pun takut. Budak bertiga itu merupakan pelajar nakal di kelas itu. Cikgu-cikgu pula ada mesyuarat hari ini. Jadi tiada yang mengawasi mereka.

"Dasar lembik!" mereka bertiga ketawa.

Budak lelaki yang ditolak itu bangun dan mengibas baju serta seluarnya yang berdebu.

"Aduh mesti nanti ibu bising kalau dia nampak baju aku kotor." Kata budak lelaki itu sendiri. Sedikit pun tiada tanda dia takut dengan apa yang berlaku padanya tadi.

"Ibu? Kenapa kau tak cari ayah kau? Oh lupa kau mana ada ayah." Mereka bertiga ketawa lepas.

Mendengar ayat terakhir mereka, laju budak lelaki yang dilantai itu bangun dan menarik kolar baju salah seorang dari mereka bertiga. Menarik kuat hingga budak itu terbatuk dan tercekik.

"Berapa kali aku cakap, aku ada ayah lah!" dia mengetatkan lagi tarikannya.

"Kau jangan nak menipu!" dua rakannya menolak budak itu, dan terlerailah pegangannya pada kolar baju. Maka apa yang jadi seterusnya adalah, fist fight.

Berguling-guling mereka di lantai. 3 lawan 1. Tiada siapa yang berani dekat. Sebab walaupun 3 lawan 1, yang 1 tu boleh lawan 3. Tiada tanda pun yang dia akan kalah walaupun dia sendiri.

"FAYYAD AMINUDDIN!" suara nyaring seorang budak perempuan buat mereka berhenti.

"Matilah aku." Fayyad berkata sendiri dan dia menolak rakan kelasnya ke tepi dan bangun dari lantai.

"Kau bergaduh kenapa?" soal Fadh. Terkejut dia saat dia keluar dari tandas, rakan kelasnya datang kepadanya dan berkata abang kembarnya ini tengah bergaduh dengan rakan kelas mereka yang lain.

Terus dia berlari ke kelas dan melihat Fayyad sedang berada di atas seorang budak lelaki, mengangkat penumbuknya tinggi. Jeritannya tadi membuatkan Fayyad terhenti dari melayangkan penumbuknya dan berdiri lalu memandangnya. Fadh kemudian melihat tiga budak lelaki yang menjadi lawan Fayyad. Bibir tak ada pecah, muka tak ada bengkak. Cuma masing-masing memegang perut.

Mesti Fayyad tumbuk kat perut. Fadh mengeluh.

Dia memandang Fayyad tajam. Biasanya dia tenang je kalau kena ejek. Kenapa hari ni dia lawan balik?

Fayyad dan Fadh satu kelas dan semua orang tahu betapa berbezanya dua kembar ini. Fadh terkenal dengan perangai boyishnya dan budak lelaki mahupun perempuan takut dengan dia. Fayyad pula lebih tenang dan cool. Ala-ala sweet boy gitu. Oleh itu, mereka yang tidak berpuas hati dengan Fadh akan target Fayyad walaupun semuanya akan berakhir dengan Fadh yang bergaduh dengan mereka. Tapi ini kali pertama Fayyad sendiri yang melawan.

"Diorang cakap kita tak ada ayah." Fayyad membela dirinya sambil memasukkan kedua tangannya ke dalam poket seluar.

"APA?!" kini giliran Fadh pula yang menjegil matanya kearah budak bertiga itu. Tangannya dikepal.

Akhir-akhir ini, banyak cerita tentang mereka dua beradik beredar. Mereka kata si kembar ini dilahirkan tanpa bapa, mereka ni anak luar nikah, tiada bapa sebab sepanjang mereka bersekolah, yang hadir ke sekolah hanyalah ibu mereka. Tiada siapa pernah lihat atau jumpa bapa si kembar ini. Cerita itu mula beredar dan tersebar luas hampir ke seluruh sekolah. Dan hari ini, Fayyad betul-betul tak boleh nak sabar. Mereka kata macam-macam tentang ibu dan bapa mereka.

Make Believe Love Story ✅Where stories live. Discover now