24th Chapter

629 39 0
                                    

Inauguration Ceremony, M Hotel Hall

Mia memicit kepalanya. Dia kini di ruang tunggu di belakang dewan.

"Are you okay Mia?" soal Kevin. Mia memandang Kevin dengan wajahnya yang seperti nyawa sudah hilang dari badan.

"Perlu ke aku buat ni Kevin?" soal Mia.

"Kevin, let's do the ceremony next week. I want it as grand as possible. Don't forget to call all the media. I want to make this ceremony a nation headline."

Kevin memainkan rakaman panggilannya dengan Mia minggu lalu saat Mia menelefon dirinya.

"ARGH! Enough. Okay! Okay!" Mia menutup telinganya. Dia memandang Kevin tajam.

Kevin tersenyum puas hati, bangga dengan dirinya yang saat itu buat tindakan bijak untuk merakam panggilan Mia. Dan setiap kali Mia mahu membatalkan majlis ini, Kevin akan memainkan rakaman tersebut. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.

Ting!

Satu mesej masuk ke telefon Mia. Mia membacanya dan senyum.

"Kita ada lagi masa 30 minit sebelum masa aku berucap kan?" soal Mia. Kevin mengangguk.

"Okay. Aku keluar sekejap. Nanti aku datang balik. I need to greet someone."

+++

"Auntie! Mak long!" Mia menyapa Pn Dahlia dan Mak Long Piah ceria. Mereka berada di luar dewan, belum masuk lagi. Pn Dahlia yang menghantar mesej kepada Mia untuk memberitahu bahawa mereka sudah sampai.

Hafiy katanya tadi dia dalam perjalanan dari hotel di mana Henry berada, Fahim dan En Hazwan pun sedang dalam perjalanan juga.

"Wah you dress nicely for a mere manager." Kata Mak Long Piah sebaik Mia sampai di situ.

Mia mengenakan dress suit hitam dan peep-teo stiletto hitam.

Mia mengenakan dress suit hitam dan peep-teo stiletto hitam

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Did I overdress?" Mia menyoal innocently.

Mak Long Piah senyum dan menepuk bahu Mia.

"It's okay. Bukan selalu kan kamu dapat naik pangkat. Enjoy it while you can." Mak Long Piah masih menepuk bahu Mia sebagai tanda 'memujuk'.

Mia senyum paksa. Dia melihat jam tangannya. Masih ada sedikit masa. Dia melihat Mak Long Piah dan Pn Dahlia yang sedang berbual. Sebenarnya lebih kepada Mak Long Piah bercerita tentang kejayaan anak-anaknya.

Bragging so much...

Mia memandang Mak Long Piah dan perasan sesuatu.

"Nice handbag Mak Long. Chanel right?"

"Oh you know this? Haah. My daughter buy it for me for my birthday. She's such a sweet daughter right?" Mak Long Piah berkata dengan senyuman melebar seolah-olah mengejek Mia yang tidak mampu membelikan barang berjenama kepada Pn Dahlia.

Make Believe Love Story ✅Where stories live. Discover now