35th Chapter

570 41 1
                                    

Rumah Naim

"A...ak..aku b...boleh explain, Mia."

Suara Naim tersekat.

Mia memandang Naim dengan perasaan bercampur baur - marah, keliru, sedih semuanya hadir pada masa yang sama lagi-lagi dengan kehadiran Naim di rumah pembunuh ibu dan abangnya ini.

Kenapa Naim ada kat sini?

Apa yang dia buat di sini?

Siapa yang dia panggil 'ayah'?

Mia melihat wajah tua Junaidi dan Naim silih berganti. Semakin lama dia perhati, semakin mereka menyerupai antara satu sama lain.

Satu-persatu, seperti kepingan puzzle mula bercantum dan semuanya kini masuk akal.

"Kau kena dapatkan kelulusan dari pihak atasan untuk kau semak fail kes lama. Plus kena ada valid and strong reason untuk itu. It's not easy usually." jawapan Naim sewaktu dia bertanya tentang akses ke fail kes lama pada Naim saat dia masih bekerja kembali ke ingatannya.

Mia juga mengingati saat dia selinap masuk ke bilik rekod kes lama, seluruh fail kes yang dilaporkan pada tarikh kemalangan itu terjadi, semuanya kosong. Rekod yang lain semuanya lengkap namun tidak pada tarikh itu. Seolah-olah ada seseorang yang sengaja menyimpan rekod kes pada tarikh itu di tempat lain.

Data kes di dalam sistem juga tidak membantu. Dia tidak dapat mengakses keseluruhan data. Dia hacker no 1 dunia, ya betul tapi dia tetap tidak boleh pecahkan kod untuk dia masuk ke sistem itu. Semua cubaannya gagal. Selama dia bekerja sebagai polis, semua usahanya menjejak Junaidi gagal. Gambar dan kad pengenalan Junaidi juga tidak dapat dijejaki.

Dan Mia teringat ada sebuah peti besi di dalam bilik pejabat Naim yang bila Mia bertanya ada apa dalam itu, Naim tidak menjawab dan mengalih topic.

Mia ketawa sinis sendiri. Encik Junaidi dan Naim yang didepannya ini memandang Mia.

Ketawa sinis Mia kemudian bertukar menjadi ketawa yang berdekah sehingga air mata Mia mengalir. Mia kelihatan seperti orang gila kini. Dia ketawa sambil memegang perutnya. Sambil dia ketawa, dia melangkah setapak ke belakang dan meraup rambutnya ke belakang.

Melihat Mia begitu, Naim memegang erat bahu bapanya. Jantungnya berdegup laju. Saat ini, dia tidak dapat jangka apa yang Mia akan buat. Tindakan Mia seterusnya tidak dapat di baca.

Tawa Mia kemudian tiba-tiba mati dan dia memandang Naim tajam. Air matanya mengalir.

"Did you have fun playing around with me Naim?" kata Mia dengan suaranya yang kini serak.

"Mia, bertenang. Aku boleh explain." Naim cuba memujuk.

"Bertenang? Explain? Explain apa? Oh kau nak bagitahu yang pembunuh ni sebenarnya ayah kau-" Mia menuding jadi ke arah Encik Junaidi dengan pandangan penuh dendam kemudian kembali memandang Naim.

"Dan kau hanya jalankan tanggungjawab kau sebagai anak untuk protect dia?" tudingan jari Mia kini pada Naim.

"Mia-"

"Sejak bila kau tahu?" soal Mia tajam. Mata Mia memerah, menunjukkan emosinya yang membuak-buak.

"Dari awal. Since the first day I saw you, long before you work with me."

Jawapan Naim buat seluruh bulu roma Mia berdiri. Badannya mula menggigil, menahan dirinya dari menerkam Naim. Amarahnya kian menggunung.

"So kau purposely sorok dia dari aku?"

"What choice do I have, Mia? Knowing you, you will kill him." Naim menapak ke depan, membawa bapanya ke belakangnya.

Melihat Mia kini, dia tahu Mia akan membuat keputusan mengikut emosi dan saat ini, Mia tidak stabil dan rasional. Apa sahaja boleh terjadi dan walau apa pun, dia mahu lindungi bapanya.

Make Believe Love Story ✅Where stories live. Discover now