27th Chapter

617 43 2
                                    

XE Tech

"MIA NASUHA!" Kuat suara Maria menjerkah sebaik panggilannya disambut oleh Mia. Mia menjauhkan telefonnya dari telinga.

"Bisinglah kau ni." Mia duduk di kerusinya dan menjelin ke arah jam dinding. Tinggal 10 minit sebelum pukul 5.

"Kau buat apa sampai kau ke balai semalam?" soal Maria.

"Macam mana kau tahu?" seiingat dia, dia tak ada bagitahu sesiapa tentang kejadian semalam.

"Huh, jangan underestimate aku punya connection. Tapi back to main point, kenapa kau dibawa ke sana?" Maria mendesak ingin tahu.

"Nothing much. Someone..." Mia berfikir apa cerita yang mahu direka sambil dia melihat file berisi maklumat penyerangnya semalam.

"Ada orang cuba ragut aku semalam. So yeah, aku dipanggil untuk beri keterangan. Itu je." Mia mencapai file tersebut dan memasukkan ke dalam begnya. Dia mengemas untuk pulang. Dia mahu ke balai untuk menyoal siasat lelaki itu.

"Did that person still alive?" soalan Maria buat Mia ketawa.

"Woi kau patut tanya sama ada aku okay atau tak, bukan sibuk nak tahu tentang keadaan dia."

"Should I? To a human weapon like you?"

Mia menggeleng kepala dengan jawapan Maria.

"Kau kat mana sekarang?" soal Mia. Dia sudah berjalan keluar dari bilik pejabatnya dan berjalan menuju ke pintu keluar.

"Kat Korea lagi. Trainee aku still ada kelas kat sini. By the way, kau dah pergi lawat Jenny?" soal Maria.

Sejak minggu lepas, Maria ke Korea begitu juga Jake. Trainee di agensi Maria ada kelas latihan khas dengan sebuah agensi di sana. Dan baru beberapa hari lepas, mereka dapat berita yang Jenny sudah selamat melahirkan seorang anak lelaki.

"Belum lagi. Kita pergi sekali lah nanti. Aku pun busy kat sini lately." Mia menekan butang lif untuk turun ke parkir.

Ting! Pintu lif terbuka dan Mia masuk ke dalam.

"Kau balik bila?" soal Mia.

"Maybe next week. Depends on schedule." Jawab Maria.

Lif sampai di level parkir dan pintu terbuka. Mia keluar dan berjalan menuju ke keretanya.

"Let me know when you are back. We need to go out shopping for some gift." Mia membuka pintu kereta.

"Sure."

"Aku nak drive balik ni. Anything kau contact je aku nanti." kata Mia dan dia menarik seatbelt.

"Baik cik Mia Nasuha. Lagi satu, be careful. Aku tahu kau kuat but still. Better kau jangan sendiri. Ajaklah Hafiy setiap kali kau keluar. Even better if he can send and pick you up from work." kata-kata Maria buat Mia senyum segarit.

"Later aku bincang dengan dia. Take care Maria. Bye, assalamualaikum."

Talian dimatikan.

Sorry Maria. Hafiy already have a lot on his plate. Aku tak boleh tambah beban dia. Ah I need to help him solve this matter quickly.

+++

Balai Polis

Mia menunggu di dalam keretanya sehingga Naim menghantar mesej untuk dia masuk. Hampir satu jam dia menunggu barulah Naim menghubunginya.

"Aku ingat kau dah lupa kewujudan aku kat luar tu." kata Mia sebaik dia masuk ke balai dan disapa oleh Naim.

"Tadi ada urusan sikit." Kata Naim dan membuat isyarat untuk Mia mengekorinya. Petang itu yang berada di pejabat hanya Naim, Joe dan Kamil.

Make Believe Love Story ✅Where stories live. Discover now