Extra Story #1: Jake's First Love

741 26 2
                                    

Aku Jake. Umur - 17 tahun. Mak ayah dah tak ada, saudara mara pun tak tahu ke mana. Jadi aku membesar di sebuah rumah anak yatim. Berdekatan dengan rumah anak yatim ni, ada satu cyber cafe baru buka, sama jalan dengan yang aku akan lalu untuk ke sekolah.

-EXE Cyber Cafe-

Aku tak tahu apa yang owner cafe tu fikir sampai berani dia buka cyber cafe kat perumahan kecil yang dipenuhi orang tua ni, tapi apa yang aku tahu, sejak cyber cafe tu buka, hampir setiap hari aku kesana.

Sekolah? Semestinya aku ponteng.

SPM? Lantaklah. Even aku score tinggi mana pun, anak yatim piatu macam aku tak ada banyak peluang nak sambung belajar. Belajar perlu duit. Baik aku kerja lepas habis SPM nanti.

Plus, aku bukannya belajar pandai mana pun. Sia-sia je study hard untuk SPM.

Itu apa yang aku fikir waktu itu sampailah satu hari aku jumpa dia.

"Oi budak! Kau tak pergi sekolah ke? Hari-hari aku nampak kau kat sini." Soal satu suara wanita saat aku tengah khusyuk main DOTA di computer.

Rasa annoyed sebab fokus aku terganggu, aku menoleh ke kananku, sedikit mendongak. Seorang wanita berambut pendek separas bahu, memakai t-shirt putih dan sweatpants berdiri sambil menyilang tangannya.

Bos cyber cafe ini ke? First time aku nampak dia. Biasanya Kak Wawa sorang je yang ada kat kaunter. Dan dia ni dari jogging ke? Pakai macam tu.

"Bukannya aku main free. Aku bayar kan." jawabku sedikit kasar. Aku kemudian kembali memakai headphone dan meneruskan permainan online ku.

"Oh ho! Dasar ini anak!" dia kemudian menyekeh kepala aku.

Aku menggosok bahagian kepala yang disekeh dan memandang dia tajam.

Dia ni dah kenapa?!

"Baik kau pergi sekolah esok. Atau aku ban kau dari datang sini. Aku tak nak mak ayah kau datang serang aku." dia memberi amaran dan menghilang ke bilik staff.

Suka hati akulah aku nak buat apa! Dasar makcik!

+++

Tapi hari ini akhirnya aku ke sekolah selepas lama aku tak ke sekolah. Bukan sebab dia, tapi sebab aku tak nak kena ban dari datang ke sana. Jujur aku cakap, cyber cafe tu buat aku rasa selesa dan aku suka suasana kat situ. Bayaran per jam pun tak mahal sangat. Cukuplah dengan simpanan yang aku ada.

Aku memasang earphone yang disambung pada MP3 dan menyanyi sambil berjalan menuju ke cyber cafe. Waktu sekolah dah habis. Patutnya ada kokurikulum petang ni, tapi malas aku pergi. Baik aku main game. Dan dia tak ada hak nak halang aku hari ni sebab aku dah pergi sekolah seperti yang dia suruh.

"Wah! Aku tak tahu kau pandai menyanyi." Tegur bos cyber cafe yang tiba-tiba muncul di sebelah aku.

Oh ya, nama bos ni Mia Nasuha.

"Kuat sangat ke?" soalku sambil aku mencabut earphone sebelah kanan.

Mia mengangguk.

Memalukan!

Kalau boleh sorok muka dalam tanah, memang aku dah buat. Aku rasa habis perlahan dah aku menyanyi tadi. Adeh...

"Hey, kau tak nak cuba jadi trainee and debut sebagai penyanyi? I guess dengan suara and that look of yours, kau pass untuk jadi idol." Mia buat thumbs up seolah-olah dia approve aku.

Ada satu plastic berisi twisties dan air tin di tangan Mia. Rasanya Mia mesti baru balik dari kedai runcit kat hujung lorong tu. Kami kini berjalan bersama-sama menuju ke cyber cafe.

Make Believe Love Story ✅Where stories live. Discover now