30th Chapter (Edited Ver.)

657 40 0
                                    

Hospital

Mia dan Hafiy hampir berlari di dalam hospital, mendapatkan Naim yang berada di depan sebuah wad yang sedang dikawal ketat oleh beberapa orang anggota polis.

"Apa maksud kau Luqman dah mati?" soal Mia tanpa berbasa-basi sebaik dia sampai di depan Naim.

Naim membuat isyarat supaya Mia bertenang kemudian dia mengarahkan Mia dan Hafiy mengekorinya. Mia dan Hafiy bersetuju. Hafiy membetulkan topinya agar wajahnya kekal tersembunyi dari pandangan anggota polis yang lain.

Mereka masuk di pintu kecemasan, di tangga.

"Now tell me the detail!" Mia jadi tak sabar.

"Aku rasa mereka dah tahu plan kita untuk jadikan Luqman spy kita. The day Luqman was supposed to meet with this someone called 'sir', he was killed right away and our man that follow him was knocked really bad. He is currently in comma. Jika umur dia panjang dan dia sedar dari koma, dia akan jadi satu-satunya saksi untuk kes pembunuhan ini. Jika tidak, then..." Naim menggeleng sebagai tanda jika anggota polis yang diarahkan untuk mengekori Luqman meninggal, mereka akan temui jalan buntu lagi.

"Then how about the hideout yang Luqman bagitahu?" kata Mia.

"All clean. Diorang dah kosongkan suite tu tanpa sebarang jejak."

Jawapan Naim buat wajah Mia menegang. Hafiy menjeling sekilas ke arah Mia kemudian dia memandang Naim.

"Naim, nanti boleh tolong share lokasi kejadian?" pinta Hafiy.

"Sure. But if you guys want to go there, do go late at night. This is quite a big case for us so they usually stay there till late at night." jawab Naim dan Hafiy mengangguk faham.

"Macam mana dengan urusan pengebumian Luqman?" soal Mia.

"Adik dia on the way the last time aku tahu. You want to meet her?" soal Naim dan Mia menggeleng.

+++

Mia dan Hafiy berdiri di satu sudut, melihat ke arah bilik mayat. Madihah sedang menangis teresak-esak di kerusi. Kepergiaan Luqman merupakan satu kejutan terbesar baginya. Seorang lelaki yang duduk di sebelah Madihah sedang menenangkan Madihah. Pada Mia lelaki itu mungkin tunang ataupun teman lelaki Madihah.

"Then, aku nak buat request tambahan."

Perbualannya dengan Luqman saat itu kembali bermain di telinganya.

"Instead of you clearing my loan, tolong selamatkan Madihah. Dia perlu jalani operation yang long overdue sebab aku."

"Okay. No problem. Itu boleh diuruskan."

"Dan if anything happen to me, tolong tengok-tengokkan Madihah dan bagitahu dia yang aku minta maaf."

"Kau ingat aku pusat kebajikan? Plus, sebab Madihah lah kau kena bagi kerjasama. Let settle this once and for all, Luqman. Don't worry, everything will be alright."

And I failed you. I'm sorry Luqman. Desis Mia kemudian dia menarik nafas dalam.

Pintu bilik mayat terbuka dan seorang doktor memanggil Madihah untuk masuk. Madihah yang kelihatan seperti mahu pengsan laju dipapah oleh lelaki yang menemaninya tadi.

Melihat keadaan Madihah, Mia memalingkan wajahnya dan melangkah pergi. Tanpa kata, Hafiy turut mengekori Mia.

+++

Apartment

"Did you kill him?" soal Sir pada anaknya.

Wanita itu senyum sambil meneguk wine dari gelasnya.

Make Believe Love Story ✅Where stories live. Discover now