43rd Chapter

647 49 1
                                    

Trigger Warning :  Violence, blood, knife and gun

+++

PRANG!

Habis barang di atas meja berterabur ke lantai. Taylor sudah menolak Mia ke atas meja. Mia bergelut mahu melepaskan diri dari cengkaman Taylor. Kedua tangan Taylor kini kembali ke lehernya, mencekiknya kuat.

Dengan susah payah, Mia mengangkat kakinya dan menendang Taylor di perutnya. Taylor terdorong kebelakang sambil memegang perutnya. Mia menarik nafas dan memegang lehernya.

"You know what, even if you survive here, Adam won't make it." kata Taylor menahan sakit di perutnya kesan tendangan Mia.

"Did you think I don't know about your little plan here? Of course I know so I have send sooo many people there with mission to kill him. Then-"

PANG!

"Bisinglah perempuan ni." kata Mia sambil dia lihat Taylor yang terhuyung hayang gara-gara kepalanya di pukul dengan keyboard oleh Mia.

Mia mencampak keyboard yang sudah pecah itu ke lantai dan berjalan mendekati Taylor. Dia kemudian menarik rambut Taylor agar Taylor terdongak melihatnya.

"You can't kill a beast. Don't you know that?"

+++

Gudang

Henry dan Hafiy dikerumuni orang-orang suruhan Taylor yang memakai topeng di dalam bilik itu. Hafiy menggosok tangannya yang digunakan untuk menghalang kayu yang dihayun kearahnya tadi.

Hafiy dan Henry melihat keliling, mengira berapa ramai yang ada di dalam bilik itu. Dia juga dapat mendengar suara pergelutan yang berlaku di luar. Nampaknya Naim dan anggota lain sudah masuk.

Hafiy mengangguk memberi isyarat pada Henry dan mereka mula menyerang. Henry menggunakan hujung pistol untuk mematahkan serangan mereka keatas dirinya. Pada masa yang sama, dia sebolehnya membawa orang-orang di dalam bilik itu jauh dari kotak berisi mayat itu. Bahan bukti tu.

Henry berlari keluar dari bilik itu dan beberapa orang suruhan mengejar Henry. Pun begitu, masih tinggal 10 orang di dalam bilik ini, mengelilingi Hafiy. Masing-masing memegang pisau.

Seriously? Berapa ramai dia bayar ni? sempat Hafiy mengeluh dengan rancangan Taylor sambil dia mengelak dan memberi pukulan pada yang mencuba menyentuhnya.

Puas dia mengelak dan memukul, dia nampak ada ruang kosong dan dia juga turut berlari keluar dari bilik itu. Ruang yang sempit dengan musuh yang ramai tidak akan memberi manfaat pada dia. Mereka semua laju mengejar Hafiy. Masing-masing mengeluarkan aura membunuh saat mengejar Hafiy.

Hafiy sampai di luar dan dia melihat Naim yang juga sedang bergelut. Begitu juga Joe dan Kamil. Tapi Joe dan Kamil kelihatannya sudah terluka.

"Naim, bawa yang lain keluar!" laung Hafiy selepas dia melihat tiada kesudahan pada orang yang semakin lama semakin ramai.

Mereka tak cukup anggota kalau nak dibandingkan dengan orang-orang suruhan Taylor yang makin ramai ini.

"KAU GILA?!" Laung Naim kembali. Dia menahan sebilah pisau yang datang kearahnya dan dia kemudian melempar lelaki itu ke tanah.

"Then just kill them! This no ending fight is useless." Hafiy memandang orang-orang suruhan Taylor ini tajam dan dia mengeluarkan sebilah pisau tenteranya. Yelah kalau setakat humban ke tanah, mereka boleh bangun balik. Baik bunuh je semua.

"Back off or I'll slice you up." Kata Hafiy. Dia sekali lagi dikelilingi orang suruhan Taylor. Oh famousnya dia. Do note the sarcasm.

Hafiy bermain dengan pisau di tangannya. Pistolnya tadi tercampak entah ke mana saat dia menghalang serangan bertubi-tubi yang datang kearahnya.

Make Believe Love Story ✅Where stories live. Discover now