BABAD 43

109 17 2
                                    

" Ttuankuuu.." 

Kaii sedaya upaya cuba untuk menggerakkan tubuhnya sebaik sahaja bingkai wajah yang amat dikenalinya sedang memandangnya dengan raut wajah yang sukar ditafsir.Ada rasa lega dan gusar yang bercampur-baur.

Tidak sempat dia bangkit dari tempatnya berbaring,ada tangan lain yang pantas menyambar lengannya dan menepuk bahunya perlahan mengisyaratkan agar dia kembali berbaring.

Bibirnya disuakan dengan cawan berisi air dan selepas meneguknya bagi menghilangkan rasa kesat pada kerongkong,sehelai kain basah yang hangat ditekapkan pula ke dahi dan pipi.

Perlu sedikit masa untuk Kaii menghadam keadaan ruangan di mana dia sedang berada.Katil bertiang empat dengan juraian sutera yang sebahagian daripadanya diikat ke tiang.Ruangan luas dengan bumbung berkubah lalu ada pula tingkap tinggi berlangsir baldu warna kuning keemasan.Hiasan berupa bunga-bungaan dalam pasu juga perincian yang teliti dan kemas.Lukisan besar pada dinding dan akhir sekali pintu yang bertutup rapat.

" Tuanku tidak apa-apa?"

Walaupun sakit ketika dia mengangkat kepala untuk menundukkan sedikit kepalanya ke arah lelaki tersebut,dia berusaha untuk menghormati baginda.

" Anakanda berehatlah.Ayahnda baik-baik sahaja.."

Anakanda? Ayahanda??

Kaii mengerutkan kening sebaik sahaja dua perkataan tersebut jelas memasuki indera pendengarannya.Namun ketika dia menoleh ke sebelah,sekali lagi dia tergamam.Permaisuri Adhreya sedang menatapnya dengan mata yang basah dan dia tidak tahu mengapa wanita itu mendadak merengkuhnya ke dalam satu pelukan yang kejap.

Malahan dari sebalik bahu wanita itu,dia melihat dengan jelas bagaimana ada Putera Amadeus berdiri saling bersebelahan dengan Athreyu dan juga ayahnya.Dayang-dayang pembantu berjejer berhampiran pintu juga berada d situ.Menghantar gestur biasa di hadapan para bangsawan dan kerabat diraja.Tunduk menghadapkan wajah ke arah lantai buat beberapa saat.

Istana.Bagaimana dia boleh berada di istana? 

" Ayyahh..ayah tak apa-apa?"

Takut-takut Kaii menatap wajah sang ayah demi memikirkan apa yang telah berlaku sebelum ini.Idea tidak masuk akalnya tidak ada kena mengena dengan Athreyu kerana dia tahu abangnya itu tidak akan meninggalkannya dalam keadaan begitu.Kaii tahu abangnya tidak bersetuju dengan rancangannya sebelum ini namun pemuda itu tetap akur setelah didesak berkali-kali.Mujur.Sangat mujur tidak ada apa-apa yang buruk berlaku kepadanya.

" Tuanku berehatlah dulu.Kita akan berbual panjang apabila keadaan tuanku sudah semakin sihat."

Lelaki pertengahan usia itu menundukkan kepala hormat lalu melayangkan sekilas senyuman sementara Athreyu yang juga berada di sebelahnya sekadar menganggukkan kepala bagi mengisyaratkan mereka baik-baik sahaja.

Bukan kecil kebingungan yang melanda Kaii apabila mendengar patah-patah perkataan yang ditujukan kepadanya.Apa sebenarnya yang sedang berlaku? 

Mengerling ke kiri dan ke kanan dan cuba mencari posisi yang tidak kekok baginya tatkala dipandang oleh beberapa pasang mata begitu,Kaii mengaduh apabila merasakan ada rasa sakit yang menusuk dadanya.Segalanya jelas dalam ingatan namun kejadian selepas dia melepaskan panahan kepada tentera yang cuba mencederakan Permaisuri Adhreya langsung kabur dari memorinya.

Dan tahu-tahu sahaja dia sudah berada di istana dengan dikelilingi oleh Raja Metheus,Permaisuri Adhreya,Putera Amadeus juga Athreyu serta ayahnya.Lalu dipanggil dengan gelaran anakanda.

Kaii kembali menutup matanya apabila dirasakan ia sedikit berdenyut dengan satu demi satu hal yang serentak berlaku kepadanya.Dia membiarkan sahaja ada seseorang yang menaikkan serkupan selimut lebih rapat ke leher lalu mengusap sisi kepalanya dengan lembut.

Babad Saribu BhyangkaraWhere stories live. Discover now