Prolog

14.1K 443 5
                                    

Dari jauh pandangan mata Kirana langsung tak beralih pada rumah mewah itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Dari jauh pandangan mata Kirana langsung tak beralih pada rumah mewah itu. Hanya ada satu saja di dalam kampungnya. Rumah Tok Lan. Berpuluh tahun dulu, lelaki itu menetap di bandar. Bila tiba masanya dia pencen, Tok Lan dan isterinya berpindah ke kampung. Mendirikan sebuah rumah yang boleh dikatakan besar di antara rumah- rumah lain yang dibina di kampung.

Bukan itu yang menjadi punca Kirana sorok di sebalik batang kayu pokok. Matanya ralit merenung seseorang. Seseorang yang sedang mengangkat beg masuk ke dalam kereta. Mungkin boleh agak dia bakal meninggalkan kampung ini. Apa yang Kirana tahu, lelaki itu duduk di rumah datuknya dan bersekolah disini. Mungkin dah tiba masanya dia pulang ke bandar.

Kenapa dia memilih sekolah di kampung berbanding di bandar? Kirana tidak pasti. Mana mungkin Kirana dapat jawapan daripada lelaki itu sedangkan mereka tidak pernah berbual mesra. Apatah lagi dianggap sebagai kawan. Jauh sekali angan- angan.

Kirana Adawiyah.

Dia hanya gadis kampung. Tidak punya harta mahupun rupa yang cantik. Ibunya bekerja sebagai tukang masak di restoren di hujung kampung. Ayahnya pula... Tidak bekerja.

Lelaki itu hanya tahu menghabiskan duit ibu. Hanya tahu meminta saja pada ibu. Mereka bagai sudah bertukar peranan. Ibu yang lebih banyak mengeluarkan duit buat mereka sekeluarga. Jatuh kasihan Kirana melihat wajah sugul ibu tiap kali pulang dari kerja. Tak sempat ibu mahu berehat, ayah sudah mencari. Dianggap ibu sebagai banker, yang mengeluarkan duit untuknya setiap hari.

Pon! Tersentak lamunan Kirana. Bulat mata melihat kereta yang parkir di hadapan rumah Tok Lan dipandu pergi. Lelaki itu juga sudah menghilang masuk ke dalam kereta. Sayup- sayup kedengaran suara dia dari dalam.

"Bye tok! Dan gerak dulu." Lelaki itu melambai tinggi kearah Tok Lan yang berdiri sendirian di hadapan rumah. Melihat bayang kereta sudah jauh, baru lelaki tua itu melangkah masuk ke dalam rumah.

Kirana mengeluh halus. Dia tak dapat lagi mahu menatap wajah itu. Wajah yang pernah membantunya disaat dia dihina oleh rakan- rakannya.

Kirana terjelopok di atas lantai bila tubuh dia ditolak ke belakang. Punggung dia terhentak kuat diatas lantai. Kirana mengadu kecil. Menoleh memandang kiri kanan. Hanya ada mereka saja di belakang sekolah. Habislah dia hari ini.

Gelakan tawa gadis- gadis dihadapannya tidak henti. Renungan mata mereka memandang jihik kearah Kirana. Seolah- olah Kirana pernah buat sesuatu yang kotor sehinggakan dia dianggap sampah.

Seorang gadis tunduk menyamai ketinggiannya. Kepalanya yang dilindungi tudung dicengkamnya kuat. Terpejam mata Kirana bila Amelia menekan kuat jari jemarinya pada kepalanya.

"Pulangkan balik duit kawan aku!" Pintanya dengan wajah yang tegang.

Kirana menggeleng. Menafikan tuduhan Amelia.

SHE'S MINEWhere stories live. Discover now