Bab 2

7.8K 370 6
                                    

Kirana teringin nak makan sotong sambal, sudahnya dia bawa diri ke kedai runcit untuk membeli sotong

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Kirana teringin nak makan sotong sambal, sudahnya dia bawa diri ke kedai runcit untuk membeli sotong. Disebabkan kedai runcit tidak jauh dari rumahnya, Kirana ambil keputusan untuk ke sana dengan berjalan kaki.

Sampai di kedai, Kirana terus membeli bahan- bahan yang diperlukan. Mujurlah dia baru gaji semalam. Boleh juga dia membeli sekali barang- barang rumah yang diperlukan. Rezeki dia, gaji minggu ini Mak Wan bagi lebih. Alhamdulillah, syukur kepadaNya.

Selesai memilih barang- barang, Kirana letak diatas kaunter. Barang- barangnya dikira sebelum dibayar. Terus Kirana berjalan pulang ke rumah.

Sewaktu nak balik ke rumah, tiba- tiba Kirana rasa tak sedap hati. Seperti ada orang yang sedang memerhatikannya. Semakin panjang langkah Kirana nak cepat sampai ke rumah. Kepalanya langsung tak ditolehkan ke belakang. Risau apa yang difiirkan menjadi satu kenyataan.

Malang nasib Kirana hari ini. Naluri dia tak pernah salah. Ada sebuah kereta Honda City berwarna hitam berhenti di hadapannya. Betul- betul menghalang laluan Kirana. Kirana toleh ke belakang. Kalau dia lari pun memang tak akan selamat. Apatah lagi mahu meminta pertolongan orang sedangkan dia berada di kawasan pokok getah dan tiada sebuah rumah disini.

"Nak pergi mana tu cik adik?" Sapa seorang lelaki memakai t-shirt berwarna hitam. Renungannya nampak berbeza memandang Kirana. Lagaknya seperti lelaki miang yang mahu mendapatkan mangsa.

Terundur langkah Kirana ke belakang bila si lelaki semakin mendekatinya. Lelaki itu memeluk tubuh berjalan mendekati. Dari ekor matanya, Kirana dapat lihat ada lagi seorang lelaki di dalam kereta. Lelaki itu masih duduk di tempat pemandu.

"Ja- jangan kacau saya..." Bergetar suara Kirana, berharap lelaki dihadapannya ini tidak cuba buat perkara tak baik pada dia. Kirana masih lagi mengundur ke belakang sehingga lelaki itu bersuara menghentikan langkahnya.

"Stop! Sebelum kepala kau terhantuk dekat batang pokok tu."

Toleh sedikit ke belakang, baru Kirana perasan dia dah masuk dalam kawasan pokok getah. Tubuhnya berdiri hampir dengan pokok getah itu.

Kirana gigit bibir. Kumpul kekuatan andai kata lelaki itu cuba mahu mengasarinya. Di dalam hati tak putus doa supaya dia dilindungi dan selamat.

Lelaki itu mengangkat tangannya dan lekap di batang pokok getah. Membuatkan Kirana berada dalam perangkap tubuh lelaki itu.

"Mana ayah kau?"

"Hah?" Terpinga- pinga Kirana pandang wajah lelaki itu. Sebelum kepala kembali proses tatkala si ayah dicari lelaki itu.

"Saya tak tahu." Laju Kirana menggeleng.

"Takkan kau tak tahu ayah kesayangan kau dekat mana?" Lagi sekali dia menyoal dengan nada yang sedikit kuat.

Kecut perut Kirana dibuatnya. Dinding mulutnya digigitnya. Hampir terpejam mata Kirana kerana takutkan lelaki itu.

"Be- betul sa- saya tak tahu ayah dekat mana. Dah dua hari ayah tak balik rumah."

SHE'S MINEWhere stories live. Discover now