Bab 34

7.3K 332 24
                                    

Meluas mata Kirana memandang tempat penginapan mereka di Port Dickson

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Meluas mata Kirana memandang tempat penginapan mereka di Port Dickson. Cantik tempatnya. Hotelnya menghadap lautan luas. Kirana buka pintu kereta. Sepanjang perjalanan tadi dia hanya tidur kerana kebosanan. Muaz pula memang sudahnya diam membisu fokus pada pemanduannya. Jadi Kirana tak mahu menganggu lelaki itu.

Kirana jejakkan diatas tanah. Angin laut terasa menyentuh kulit. Sejuk! Kirana paling teruja jika ianya melibatkan tempat kegemarannya. Lagi- lagi saat ini dia melihat pantai di sebelah hotel mereka menginap.

Muaz tersenyum nipis memandang isterinya yang kelihatan gembira saat mereka tiba di sini. Dia tahu Kirana suka sangat pantai. Disebabkan itu dia memilih tempat ini sebagai destinasi bulan madu mereka. Muaz keluarkan bagasi kecil miliknya dan Kirana dari dalam bonet. Diletakkan diatas jalan.

Bunyi kereta dikunci mengalihkan perhatian Kirana. Dia mara kearah Muaz. Bagasi miliknya cuba dicapai namun laju suaminya menghalang. Memahami yang Muaz tak mahu dia bawa, sudahnya Kirana biarkan Muaz menarik dua bagasi masuk ke dalam lobi hotel. Dia hanya membontoti langkah suaminya di hadapan kaunter hotel. Selesai urusan daftar masuk, mereka terima kunci pintu bilik.

Kirana mengikut langkah suaminya. Mereka dihantar ke bilik dengan perkhidmatan buggy. Sepanjang jalan ke bilik disajikan dengan keindahan laut. Tak terkata Kirana dibuatnya. Keterujuan dia meningkat tinggi kerana ini adalah pertama kali dalam hidupnya merasakan pengalaman ini.

Sampai saja di hadapan bilik, bagasi diambil dan diletakkan di bawah. Sempat suaminya mengucapkan terima kasih kepada pemandu buggy tersebut. Kirana ikut suaminya ke muka pintu. Kad pintu dilekapkan di skrin pengesan kunci pintu. Serentak kunci pintu terbuka.

Muaz menolak pintu bilik mereka. Diberi laluan kepada isterinya untuk melangkah dahulu. Tersenyum Kirana seraya masuk ke dalam. Mata meliar memandang ke sekeliling bilik mereka. Cantik! Terpegun Kirana dengan dekorasi bilik penginapan mereka. Tentu mahal harganya. Tengok saja fasiliti yang disediakan Kirana boleh mengagak.

Muaz letakkan bagasi di tepi almari. Dia terus ke katil. Tubuhnya direbahkan diatas tilam. Lega. Tiga jam perjalanan daripada Johor sungguh memenatkan. Berhenti di kawasan RnR hanya sekali. Itu pun sekejap sebab Kirana nak ke tandas. Kemudian, perjalanan disambung sehingga mereka tiba di sini.

Kepala menoleh ke kanan. Terasa angin sayup- sayup menyapa kulitnya. Kirana buka pintu gelongsor bilik. Isterinya menapak ke luar bilik untuk melihat keindahan di luar sana. Muaz hanya biarkan tidak mahu menganggu gadis itu. Saat ini dia mahu melelapkan mata seketika. Dapat tidur sekejap pun dapat rasa segar sikit nanti.

∘₊✧──────✧₊∘

Kirana menghirup udara segar. Dia berasa nyaman duduk di sini. Dapat merasa angin laut. Dapat menikmati keindahan alam. Dan dapat juga mencipta kenangan di sini. Kalau dapat sentuh air pantai pun best juga.

Lama dia duduk di luar bilik, dia baru perasan tentang Muaz. Selepas masuk bilik tadi suaminya hanya diam saja. Kirana pusingkan tubuh ke belakang, kelibat suaminya dicari. Saat itu dia perasan kaki Muaz yang terjuntai di katil.

SHE'S MINEWhere stories live. Discover now