Bab 25

7.1K 315 7
                                    

Kirana duduk membatukan diri di bawah gazebo di berhadapan kolam

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Kirana duduk membatukan diri di bawah gazebo di berhadapan kolam. Udara sejuk dan nyaman di pagi hari. Selepas sarapan pagi tadi, Kirana terus lari ke luar rumah. Hakikatnya dia masih lagi terasa janggal jika terserempak dengan Muaz. Kejadian malam itu masih lagi utuh dalam fikirannya.

Kirana marahkan Muaz. Gara- gara Muaz, lelaki itu terpaksa berhadapan dengan kemarahannya. Kirana tertanya- tanya. Mengapa Muaz tak fikir panjang sebelum 'perkara' tersebut berlaku. Banyak keburukan daripada kebaikannya. Maruah dia seolah- olah dianggap murah dengan tindakan lelaki itu.

Lamunan Kirana terhenti saat terdengar tapak kaki seorang melangkah mendekati tempat dia duduk. Spontan, Kirana pusing kepala ke tepi melihat gerangan tersebut. Kirana menarik senyuman melihat kehadiran Hezra.

"Hai." Hezra terlebih dahulu menegur Kirana. Lantas dia mengambil tempat di sebelah Kirana.

"Hai." Kirana balas dengan mata melirik memandang beg kertas yang dibawa lelaki itu. Beg kertas itu diletakkan di tengah mereka.

"Tuan Muaz minta saya beri ni pada awak. Dan dia pesan jangan berani nak tolak. Tanda dia minta maaf apa yang telah terjadi." Tutur Hezra tetapi langsung tak mengusik hati Kirana.

Kononnya Muaz beri dia hadiah untuk menutup perbuatan dia dulu. Malang sekali, bukan senang Kirana nak terima. Semua kenangan pahit itu masih utuh dalam fikirannya.

"Saya tak nak. Cakap pada dia terima kasih saja. Saya tak perlukan semua ini." Beg kertas ditolak pada Hezra kembali.

Hezra mengeluh kecil. Sebetulnya dia masih lagi tak tahu apa yang terjadi pada Muaz dan Kirana. Hubungan mereka semakin renggang. Hezra sendiri tak dapat meneka. Masing- masing langsung tak mengungkit. Agaknya hal yang terjadi itu adalah sesuatu yang besar antara mereka berdua.

"Ambillah. Mati saya kalau awak tak ambil pemberian dia. Awal- awal saya dah kena warning dengan Tuan supaya awak ambil barang yang dia bagi. Kalau saya balik pada dia dengan beg ni dia buang saya kerja." Hezra sengaja mereka cerita. Dia malas mahu panjangkan lagi tentang isu ni. Berharap yang Kirana sudi kesiankan dia dengan kenyataan palsunya.

Kirana lepaskan nafas berat. Hanya jua dia tarik kembali beg kertas itu kepadanya. Mata melirik sesaat ke dalam isi di dalam beg kertas.

"Cakap dengan dia terima kasih."

"Terima kasih saja?"

Kirana jungkit kening sebelah kanan. "Iya. Awak nak saya cakap apa lagi pada dia?" Soal Kirana dengan wajah polosnya.

Hezra tersengih. Kepalanya digelengkan.

"Kerja okey? Lately ni saya tengok awak busy. Selalu juga balik lambat." Kirana perasan sejak kebalakangan ini Hezra dan Muaz sering pulang lewat. Keesokan harinya pergi ke kerja di awal pagi. Kalau Kirana di tempat mereka, tentu Kirana rasa lelah. Tak cukup rehat rasanya.

SHE'S MINEWhere stories live. Discover now