Bab 32

7.5K 330 17
                                    

Muaz tersedar dari lena

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Muaz tersedar dari lena. Mata dicelikkan. Perut terasa memberat. Muaz angkat sedikit kepala memandang ke perutnya. Terkejut dia melihat ada tangan yang melingkar di perutnya. Senyuman melebar di bibirnya.

Dalam hati Muaz mengejek Kirana. Malam tadi selepas dia selesai membersihkan diri sempat mereka bertikam lidah lagi. Dia minta Kirana untuk tidur dekat dengannya tapi kedegilan Kirana langsung tak boleh bawa bincang. Kalau boleh mahu tidur hujung- hujung katil. Jijik sungguh dengannya.

"Saya tak nak dekat dengan encik. Encik cuba dekat- dekat dengan saya siap eh! Saya kerat- kerat tangan encik."

Amaran Kirana langsung tak ambil serius. Mana tidaknya tengoklah pagi ini. Siapa yang dekat dengan siapa. Siap pakej peluk tubuh dia lagi.

Kirana mengeliat badannya. Mata dicelikkan. Seketika dia rasa lain macam. Gelap. Kepala didongak sedikit. Terkejut dia bila matanya menjamah wajah itu. Mata suaminya sedang merenung kearahnya. Kepala pula menoleh kearah tangannya. Bulat mata melihat tangannya landing diatas tubuh Muaz yang tidak berbaju. Spontan, Kirana menekan perut itu membuatkan Muaz mengaduh sakit.

"Kau kenapa?!" Muaz sentuh perutnya yang ditekan. Senak dibuatnya. Badan dibangunkan dan disandarkan di kepala katil.

Kirana duduk bersila di hujung katil. Tapak tangannya disatukan. Tak terdetik dia nak tekan perut Muaz. Dia cuma terkejut melihat tangannya berada di atas perut suaminya.

"Sorry." Kirana gigit bibir memandang Muaz yang masih berkerut. Sakit sangatkah dia tekan? Kuat sangatkah?

Muaz mencebik bibir. Mata menjeling isterinya. Terkulat- kulat Kirana dibuatnya. Serba salah dia sebab tak sengaja nak menyakiti tubuh suaminya.

"Saya tak sengaja. Encik tu yang-" Kirana renung tangannya, memikirkan bagaimana tangannya ada di situ. "Ambil kesempatan." Sambungnya.

Kedengaran tawa Muaz yang dibuat- buat.

"Aku ambil kesempatan atau kau? Tangan kau yang ada dekat atas perut aku. Tu muka tadi, rapat betul tepi ketiak aku ni." Jari telunjuk Muaz menunjuk wajah Kirana sebelum beralih ke tepi ketiaknya. Sedaplah tu dapat cium bau ketiak orang.

"Mana ada saya ambil kesempatan." Kirana mahu menafikan dia yang betul. Hakikat sebenar memang dia yang memeluk tubuh lelaki itu. Dia sendiri yang buat dalam keadaan dia sedar. Mula- mula dia ingat bantal peluk sebab sudah terbiasa memeluk bantal peluk. Tapi bila dalam keadaan separuh sedar, baru dia teringat yang dia sudah bersuami. Muaz menggantikan bantal peluknya.

Muaz senyum mengejek. Dengan Kirana memang selamanya gadis itu mahu menang. Lambat- lambat kepalanya mengangguk dengan wajah pasrah mahu menghentikan perbalahan mereka pagi ini. Sampai sudah Kirana tak nak mengaku.

"Iya, memang aku ajelah yang salah." Muaz selak selimut di hujung kaki. Kaki bawa turun ke bawah. Dia terus berdiri lalu berjalan ke bilik air.

Kirana pandang suaminya dengan wajah yang sebal. Memalukan sungguh! Tangan dia ni pula boleh gatal merenyam nak landing atas badan Muaz. Macam tak ada tempat lain.

SHE'S MINEWhere stories live. Discover now