Bab 27

6.6K 307 12
                                    

Hampir dua hari Kirana tak bersua muka dengan Muaz

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Hampir dua hari Kirana tak bersua muka dengan Muaz. Dia sendiri tidak tahu kemana lelaki itu pergi dua hari ini. Sejak dia balik keluar dengan Arsyad tempoh hari, Muaz dan Hezra langsung tak ada di rumah. Mereka langsung tak pulang- pulang sehingga hari ini.

"Termenung apa tu?" Teguran seseorang memeranjatkan Kirana. Kirana urut dadanya kerana terkejut. Kepala menoleh ke belakang, Mak Lijah berdiri di sampingnya sebelum wanita itu mengambil di sisinya.

Kirana menggeleng kepala. Wajah Mak Lijah dipandang lama. Kini dia hanya duduk bersama Mak Lijah dan suaminya di rumah.

Bila tak ada Muaz boleh dikatakan hidup Kirana rasa tenang. Dia tak perlu nak bertemu dengan lelaki itu. Hati dia tidaklah sesakit mana jika nak dibandingkan terpaksa melihat wajah lelaki itu.

Mak Lijah tersenyum nipis. Hati tuanya mengesyak sesuatu. Bukan dia tak perasan tentang kehangatan yang sedang berlangsung antara Muaz dan Kirana. Mak Lijah hanya mahu berdiam diri. Tapi dia pula tak betah melihat kedinginan anak- anak muda ini.

"Mak Lijah tak tahu apa yang Rana tengah rasa sekarang ni. Kalau Rana perlukan seseorang untuk meluahkan isi hati Kirana, Mak Lijah sudi pinjamkan telinga untuk dengar."

Tak semena- mena buat Kirana rasa sebak dengan keprihatinan wanita itu. Sikap Mak Lijah saling tak tumpah seperti arwah ibunya. Buatkan rindu yang tertanggung di hati seakan menjauh pergi bila ada bersama Mak Lijah.

Mak Lijah pandang wajah Kirana. Jelas di matanya yang gadis itu sedang menahan tangis. Entah apa yang dipendam, sehingga buat jiwa gadis itu rapuh sekali.

"Rana tak tahu apa yang Rana sekarang ni. Rana rasa tertekan sangat. Macam- macam benda menghimpit diri Rana sekarang ni. Tak boleh ke Rana rasa bahagia seperti perempuan lain dekat luar sana." Adu Kirana bersama genangan air mata hangat di tubir matanya. Sekali kelipan, jatuh membasahi wajahnya.

Mak Lijah capai tangan Kirana. Tangan gadis itu diusapnya lembut memberi kehangatan. Walaupun dia tak ada di tempat Kirana, dia faham dengan perasaan gadis itu. Kirana cuma mahu kebebasan. Kebebasan yang ingin dituntut.

"Rana tak boleh nak tengok muka dia. Bila tengok Muaz, Rana teringatkan kejadian malam tu..." Membuatkan wajah Mak Lijah bertukar terkejut. Kejadian apa yang berlaku?

"Sebab tu Kirana dingin dengan dia. Kirana sakit hati. Kirana kecewa. Kirana marahkan dia." Sambung Kirana bersama tangisan yang semakin hangat.

Mak Lijah semakin dihambat rasa ingin tahu. Apa yang sedang terjadi sebenarnya ini? Apa yang teruk sangat sehingga Kirana rasa sedih begini?

"Mu- Muaz buat apa dekat Rana?" Tak terluah kata Mak Lijah dibuatnya. Fikirannya dia sudah memikirkan keburukan. Tapi kalau itulah yang sebetulnya, Mak Lijah tak sanggup nak dengar. Betapa dia berharap ia sebalik apa yang hati tuanya fikirkan.

Muaz baik. Muaz tak buat perkara yang memburukkan dirinya, desis hati Mak Lijah penuh berharap.

"Dia-" Kirana menggeleng kepala. Dia tak sanggup ingin menceritakan. Dia tak sanggup nak sebarkan keburukan Muaz pada Mak Lijah. Dia tahu Mak Lijah berharap yang Muaz tak buat sesuatu yang buruk pada dia. Walaupun hatinya terasa perit untuk menelan semuanya.

SHE'S MINEWhere stories live. Discover now