Bab 44

7.1K 297 12
                                    

Tiba saja di rumah, Muaz bergegas naik ke bilik

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Tiba saja di rumah, Muaz bergegas naik ke bilik. Baru tadi dia terserempak dengan Khalid dan Arsyad di luar rumah. Khalid beritahu sejak balik dari rumah Amelia, dia melihat perubahan Kirana. Badan Kirana terasa berbahang panas. Tiba- tiba saja demam selepas pulang.

Muaz menguak pintu bilik. Tubuh Kirana yang berbaring membelakanginya menjamah mata. Muaz melangkah dalam debar. Tentu semuanya sudah terbongkar. Kirana sudah tahu tentang dirinya.

Mendekati Kirana, Muaz pandang wajah yang sedang lena itu. Tangan naik menyentuh dahi Kirana. Panas. Macam mana pula boleh tiba- tiba demam. Muaz dihambat rasa risau. Pagi tadi sihat saja isterinya.

"Rana..." Muaz panggil perlahan mahu mengejutkan Kirana. Isterinya masih lagi dengan pakaian keluar tadi. Tudung pun tak sempat buka dah berbaring.

"Sayang." Panggilnya lagi. Hanya seketika, mata Kirana celik memandang kearahnya. Wajah itu kelihatan sayu. Mata itu memerah menikam anak matanya.

"Kenapa awak tak jujur dengan saya selama ni?" Kirana menyoal tatkala mata mereka bersatu. Ada rasa bergetar dalam nadanya. Panggilannya mula berubah. Tiada panggilan abang lagi. Kirana menahan tangisan. Jika dia menangis disitu, tak mustahil kepalanya makin terasa sakit. Sejak tadi dia cuba menahan diri.

Terpejam mata Muaz buat seketika. Bibir dikemam rapat. Keluhan terlepas. Mata dibuka kembali. Wajah Kirana ditatap dengan renungan dalam. Renungan penuh cinta. Sesak dadanya saat soalan itu keluar dari bibir Kirana. Namun, renungan Kirana tajam menikam ke anak matanya. Renungan yang jarang Kirana berikan kepadanya.

"Saya perlukan penjelasan. Kenapa tipu saya? Kenapa awak sembunyikan tentang diri awak? Kenapa saya perlu dengar dari mulut orang lain? Kenapa Zaydan? Kenapa awak buat saya macam ni?" Bertalu- talu Kirana menyoal. Air mata tak dapat ditahan. Semakin berjujuran jatuh membasahi wajah.

"Rana... aku minta maaf. Aku-" Tak dan Muaz habiskan ayat, tubuh Kirana ditarik ke dalam pelukan. Semakin kuat tangisan isterinya. Muaz tak betah melihat Kirana menangis kerananya. Silap dia merahsiakan semua ini pada Kirana. Dia tiada sebab untuk merahsiakan identiti sebenarnya. Dia cuma mahu orang mengenalinya sebagai Muaz. Itu saja.

"Sakit! Sakit sangat bila saya dapat tahu dari mulut orang lain. Lagi- lagi orang tu adalah orang yang menghina saya. Kenapa kau orang berdua buat saya macam ni. Apa salah saya? Apa salah saya...." Dada Muaz ditumbuk bertalu- talu. Kirana malu sangat. Malu dengan diri sendiri. Malu dengan Muaz. Malu dengan semua orang. Muaz suami dia. Suami sendiri tapi dia langsung tak ada usaha untuk ambil tahu.

"Aku minta maaf, Rana. Aku tak ada niat nak sembunyikan tentang diri aku. Aku cuma nak kau kenal aku sebagai Muaz. Bukan Zaydan yang pernah selamatkan kau dulu. Aku bukan sengaja nak buat kau macam ni. Bukan salah kau andai kau tak ambil tahu tentang aku. Aku tak salahkan kau langsung."

Kirana tersedu- sedu diatas dada suaminya. Kepalanya disembamkan di bahu Muaz. Kepala terasa sakit menyucuk- nyucuk. Makin kuat berdenyut sehinggakan Kirana tak berdaya nak membalas setiap bicara suaminya. Kirana pejamkan mata.

SHE'S MINEWhere stories live. Discover now