Bab 3

7.6K 370 0
                                    

Sejak kedatangan konco- konco Jaguar mencari Kirana, hidupnya terasa tidak tenang

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Sejak kedatangan konco- konco Jaguar mencari Kirana, hidupnya terasa tidak tenang. Seperti sedang diperhatikan dari jauh. Kemana- mana Kirana pergi pasti hati dia rasa tidak tenteram. Bila Kirana ke restoren untuk bekerja dia terasa diekori. Dalam keadaan dia berseorangan tak mustahil Kirana bakal diganggu.

Sampai di belakang pintu restoren, Kirana berlari masuk ke ruangan dapur. Turun naik nafas Kirana. Berhenti di tengah dapur, Kirana tarik dan hembus nafas dengan teratur. Kala itu, Mak Wan yang memerhati dari jauh mendekati Kirana.

"Kenapa ni Rana?" Soal Mak Wan berdiri disamping Kirana. Dilihat wajah gadis itu lencun dibasahi air peluh. Gayanya seperti baru lepas lumba lari. Nafasnya yang tak teratur tadi mula terkawal. Desah nafasnya kembali tenang.

"Rana rasa macam ada orang cuba ekori Rana dari jauh."

Terjungkit kening Mak Wan, seperti dia dapat mengagak apa yang cuba disampaikan Kirana.

"Dah lama ke baru?" Soal Mak Wan dengan nada risau. Mana tidak, Mak Wan juga merasa yang restorennya sedang diperhati oleh orang- orang pengutip hutang Khalid. Tak mustahil mereka sedang merancang untuk mendapatkan Kirana setelah si ayah melarikan diri.

Kali ini Khalid dah lama tak pulang ke rumah. Beberapa minggu lepas ketika Kirana diganggu konco- konco Jaguar di ladang pokok getah, sejak itu Khalid langsung tidak pulang ke rumah. Kirana sendiri tidak tahu dimana keberadaan ayahnya itu.

Entah masih hidup atau...

Laju kepala Mak Wan menggeleng, tidak mahu pengakhiran Khalid berakhir begitu. Jauh di sudut hati, Mak Wan berharap lelaki itu akan berubah demi arwah isteri dan anak perempuannya.

"Sejak dari Rana beritahu Mak Wan yang dia jumpa dekat ladang pokok getah tu, beberapa hari lepas tu Rana rasa macam diperhatikan dari jauh. Baru- baru ni Rana dengar macam ada orang cuba nak buka pintu rumah."

Bulat mata Mak Wan mendengarnya. Berderau darah dia bila Kirana memberitahu ada orang mahu masuk ke dalam rumah gadis itu.

"Risaulah Mak Wan. Orang- orang kutip hutang tu dah makin mengganas sekarang. Mak Wan risau kalau ada apa- apa terjadi pada Rana." Keruh wajah Mak Wan. Sebelum perkara buruk yang berlaku, lebih baik dia bertindak lebih awal. Sekurang- kurangnya nyawa Kirana perlu diselematkan.

Kirana mengeluh berat. Dia juga risau akan dirinya. Si ayah sudah menghilang kemana. Langsung tiada khabar berita daripada Khalid. Walaupun Khalid langsung tak bertanggungjawab pada dia dan arwah ibu, tetapi Kirana tak mampu nak hilangkan rasa resah dia bila si ayah menghilang tanpa kesan. Bertambah risau bila si ayah kini sedang bergelut dengan konco- konco Jaguar.

"Rana ingat Rana nak tumpang rumah Mak Wan." Rasa serba salah Kirana mahu menyusahkan keluarga Mak Wan. Demi keselamatan terpaksa Kirana tebalkan muka.

"Boleh. Boleh sangat. Mak Wan tak adalah risau sangat bila dapat tengok Rana depan mata. Dah kes sampai orang- orang dia nak pecah masuk rumah Rana tu buat Mak Wan risau. Rana ni perempuan, kalau dia orang nak buat sesuatu memang tak fikir panjang." Jawab Mak Wan dengan maksud tersiratnya.

SHE'S MINEWhere stories live. Discover now