Bab 14

7.2K 319 7
                                    

Hezra hanya berdiri di belakang tidak masuk campur urusan tuannya dan Kirana

Ups! Tento obrázek porušuje naše pokyny k obsahu. Před publikováním ho, prosím, buď odstraň, nebo nahraď jiným.

Hezra hanya berdiri di belakang tidak masuk campur urusan tuannya dan Kirana. Pagi tadi selepas dia bersiap dan ingin turun bersarapan di bawah, dia terdengar suara Muaz dari arah pintu. Dia pun mendekati arah Muaz. Terkejut dia mendengar suara Muaz memberi amaran kepada Kirana. Paling tak menduga bila melihat Kirana membawa beg pakaiannya bersama.

Dia tak fikir lain melainkan satu sebab. Sebabnya adalah Kirana mahu pergi dari sini. Tapi kenapa? Hezra dihurung rasa tanda tanya. Tak sempat dia buat anggapan sendiri, suara Muaz menghentikan lamunannya.

"Bagitahu aku kenapa kau nak keluar dari rumah ni?" Soal Muaz. Muaz duduk di meja kerjanya. Mereka sekarang berada di bilik kerja Muaz. Kedua belah tangan diletakkan di atas meja. Renungannya dihantar buat gadis yang berdiri menunduk wajah ke bawah.

Kirana mengetap bibir. Tangannya dibawah disulamkan. Sejuk tangannya. Amarah Muaz menakutkan dia.

"Saya..." Hampir tak terkeluar ayat Kirana. Lidahnya kelu. Bibirnya berat untuk dibuka. Lagi- lagi bila dia angkat wajah untuk menatap Muaz, lelaki itu sedang merenung kearahnya tajam.

"Saya apa Kirana!" Gesa Muaz geram. Sungguh dia dah buang masa pagi ni. Patutnya sekarang ini dia sudah berada di pejabat. Urusan pejabat tak sempat nak selesai lagi tapi dekat rumah dah tambah masalah.

Masalah? Kirana pembawa masalah dalam hidupnya?

Pejam mata. Muaz menafikan kehendak hati. Tak, Kirana bukan masalah yang saja- saja dia ambil. Pertama kali dia bawa masuk Kirana ke dalam rumahnya beberapa minggu lepas hanya sekadar mahu membantu gadis itu saja. Tidak sangka kisah hidup Kirana itulah yang menjadi beban yang sedang cuba ditanggungnya.

"Saya terdengar encik berbual dengan Hezra malam tadi."

Wajah tenang Muaz terus berkerut. Hezra yang berdiri di belakang menjeling ke depan. Tidak menyangka perbualan semalam didengari gadis itu.

"Kau dengar apa?"

"Saya ni bawa masalah dalam rumah ni. Dan encik memang tak nafikan pun tentang benda tu. Saya pun akui yang saya ni hanya pembawa masalah dalam rumah ni. Dengan masalah ayah saya dan Jaguar, saya minta maaf sebab buat encik serabut. Sebab tu saya buat keputusan keluar dari rumah supaya encik tak perlu lagi kusutkan fikiran encik dengan masalah saya."

Muaz kelihatan terkesima mendengar luahan Kirana. Dari pandangannya, dapat dilihat birai mata Kirana yang sudah basah. Hanya menanti air mata jatuh membasahi wajahnya. Tapi Kirana bijak menyelindungi kesedihannya.

"Aku minta maaf dengan apa yang kau dengar malam tadi."

Kirana pasakkan pandangan kembali pada Muaz setelah mendongak sedikit wajahnya keatas menahan tangisannya keluar. Senyuman nipis diberikan pada lelaki itu. Muaz minta maaf? Jarang dia nak tengok Muaz rendahkan ego kerana dia. Hanya dia saja yang betul.

"Encik tak perlu minta maaf. Saya yang patut minta maaf sebab dah menyusahkan encik dan Hezra."

Muaz mengeluh. Mata mengerling memandang Hezra di belakang. Lelaki itu juga turut memandang kearahnya. Hezra hanya mengangkat bahu padanya. Hezra pun awal- awal dia tak mahu masuk campur. Dia hanya jadi pendengar dari belakang.

SHE'S MINEKde žijí příběhy. Začni objevovat