Bab 16

7K 346 6
                                    

Bangun pagi, Kirana terus mandi dan solat subuh

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Bangun pagi, Kirana terus mandi dan solat subuh. Niatnya pagi ini hanya satu. Dia dah lama tak makan nasi lemak sambal udang. Teringin pula perut nak makan makanan tersebut. Sebab itu selepas subuh dia dah terpacak dekat dapur melihat bahan- bahan sama ada cukup atau tidak untuk memasak.

Buka pintu ais, Kirana menunduk. Dikeluarkan setiap bahan yang diperlukan. Baru di nak pusing tubuh untuk meletak barang di atas meja, muncul Mak Lijah dalam diam.

"Ya Allah. Mak Lijah ni buat terkejut Rana aje." Omel Kirana. Dadanya diusap. Hampir nak terkeluar jantung tadi gara- gara melihat Mak Lijah yang memakai kain telekung berwarna putih. Nasib dia tak bertindak awal, kalau tidak tak tahu apa nasib Mak Lijah nanti. Mungkin dah terlentang atas lantai.

Mak Lijah tersengih. Pandangannya turun pada bahan- bahan yang diambil Kirana dari dalam peti ais.

"Nak buat apa bahan ni semua? Rana nak masak pagi ni?" Mak Lijah menyoal memandang Kirana meletakkan bahan- bahan di atas meja. Kirana berpaling kepadanya semula dan kepalanya mengangguk mengiyakan.

"Rana teringin nak makan nasi lemak sambal udang. Bolehkan harini Rana masak untuk semua?"

Tersenyum Mak Lijah mendengarnya. Jarang dia dapat rasa masakan Kirana, apa salahnya kalau Kirana mahu sediakan sarapan pagi untuk mereka.

"Boleh sangat. Ada apa- apa yang Mak Lijah boleh tolong ke? Bagi Mak Lijah siap dulu buka kain telekung ni."

"Tak apa Mak Lijah. Mak Lijah rehat harini. Biar Rana yang masak semuanya. Harini Mak Lijah off duty." Ujar Kirana seakan arahan seolah- olah dia adalah tuan rumah di sini.

Mak Lijah memeluk tubuh. Mata dia hanya mengikut saja kearah mana Kirana pergi. Hanya memerhati gerak geri Kirana untuk menyediakan bahan masakan.

"Tiba- tiba nak masak nasi lemak ni sebab nak pujuk Tuan Muaz ke?"

Kirana yang sedang mengambil bawang dari rak kayu terus menoleh ke arah Mak Lijah. Berkerut dahinya sehingga dua keningnya bertaut di tengah.

"Mana ada." Kirana menafikan. Beberapa biji bawang yang diambil diletakkan diatas meja.

"Rana nak masak sebab teringin nak makan. Lagipun dah lama tak makan nasi lemak. Itu yang craving sungguh."

"Bukan sebab nak memujuk Tuan Muaz?" Lagi Mak Lijah usik sampai naik berbahang wajah Kirana. Wajah putih Kirana berona merah.

"Tak lah. Rana tak masak untuk dia pun. Rana masak untuk semua." Kirana yakinkan Mak Lijah. Cemberut bibirnya bila Mak Lijah tak habis- habis nak kaitkan dia buat semua ini untuk lelaki itu.

"Okeylah. Tapi... semalam berbual apa dengan Tuan Muaz?" Mak Lijah yang tadinya kata nak bersiap masih lagi berdiri di dapur dengan soalan yang buatkan Kirana rasa nak lari dari dapur.

"Mak Lijah tahu Encik Muaz nak jumpa saya?"

"Mak Lijah yang izinkan dia jumpa dengan Rana."

Mulut Kirana melopong kecil. Patutlah selepas Mak Lijah keluar, tiba- tiba Muaz pula yang muncul. Sebut tentang Muaz, mulalah dia teringatkan perbualan terakhir mereka malam tadi. Muaz gantung soalan dia tanpa sebarang jawapan yang dia ingin tahu.

"Kami tak berbual apa- apa pun. Dia cuma minta maaf sebab marahkan Kirana pagi semalam."

Mak Lijah mengangguk. Dia sedia maklum tentang hal itu memandangkan Muaz dulu jumpa dengan dia dan bercerita yang dia tak sengaja nak marahkan Kirana. Sebab itu Mak Lijah pernah kata yang Muaz nampak saja dingin dari luaran, tapi kalau cuba teroka dalam hati dia mesti tahu yang Muaz itu tidaklah sedingin yang disangka. Dalam kedinginan dia ada kelembutan yang terselit. 

"Mak Lijah masuk bilik dulu. Nanti perlukan apa- apa ketuk pintu bilik." Pesan Mak Lijah sebelum melangkah ke biliknya semula.

Selepas Mak Lijah pergi Kirana terus lakukan kerjanya. Disebabkan proses nak sediakan nasi lemak ini lama, itu yang Kirana turun awal. Sebelum pukul lapan pagi dia mesti dah kena sediakan di atas meja makan.

Tak bertangguh, Kirana terus rendam udang yang beku dalam peti ais. Sementara tunggu ais yang melekat pada udang cair, Kirana sediakan bahan- bahan untuk masak nasi. Cukup cekap sekali Kirana menyediakan masakan pagi ini. Hampir satu jam barulah masakan siap dimasak. Mak Lijah terus membantu dia menghidangkan makanan. Hanya tinggal timun saja untuk diletakkan di meja makan. Selesai memotong hirisan timun Kirana bawa ke meja makan.

Tatkala itu, matanya terpana pada satu arah. Siapa lagi kalau bukan pada Muaz. Seperti biasa lelaki itu segak dengan pakaian kerjanya. Rambutnya disikat kemas. Disebelah Muaz ada Hezra seperti selalu menemani lelaki itu.

Muaz turut memandang Kirana. Dia tidak perasan gadis itu turut berada di dapur. Sangkanya Kirana masih lagi di dalam bilik.

"Jemput makan. Harini Kirana yang masak semua ni." Ujar Mak Lijah membuatkan pandangan Muaz yang beralih pada nasi lemak kini tepat memandang Kirana yang berdiri disamping Mak Lijah. Tekun Kirana menyendokkan nasi lemak ke dalam pinggan. Kemudian diserahkan kepada Muaz.

"Kirana yang masak?" Soal Muaz tak percaya. Jarang Kirana nak masak. Ada juga sekali dua dia masuk ke dapur. Itu pun sebab awal- awal dia dah halang Mak Lijah bagi tugas pada Kirana.

"Iya, dia kata teringin nak makan nasi lemak. Siap bagi Mak Lijah off duty pagi ni. Mak Lijah ingat dia nak masak sebab nak pujuk Muaz."

Terjegil biji mata Kirana. Kepala menoleh memandang Mak Lijah dengan wajah yang sudah berona merah. Dia tak cakap pun macam tu!

"Nak pujuk saya?"

Melihatkan wajah berkerut Muaz, Mak Lijah ketawa. Kepalanya digelengkan.

"Mak Lijah gurau aje." Bukan Mak Lijah tak perasan muka Kirana dah macam tomato. Tak pasal- pasal boleh meletup. Berdiri pun dah tak senang gayanya.

"Err Rana masuk dapur dulu. Nak kemas dapur." Tak tunggu lama Kirana melarikan diri. Cuak betul dia dibuatnya. Mak Lijah ni memang sengaja nak kenakan dia.

Muaz pandang Kirana yang hilang ke dapur. Bibirnya mencebik halus melihat gelagat gadis itu. Pandang ke hadapan, dia kembali memandang Mak Lijah.

"Malu dah budak tu. Mak Lijah masuk dapur dulu. Kalau nak apa- apa panggil nanti."

Muaz hanya mengangguk. Hilang Mak Lijah dari situ, dia terus menjamah nasi lemak Kirana. Satu sudu dimasukkan ke dalam mulut. Terpejam mata Muaz menikmati sarapannya pagi ini.

"Sedapkan tuan?"

Buka mata, Hezra merenung kearahnya. Muaz angguk lagi mengiyakan. Memang sedap. Tak pernah lagi Muaz rasa nasi lemak sesedap ini. Tak dinafikan yang Kirana memang pandai memasak. Kali pertama dia rasa masakan Kirana dulu pun dia dah tahu Kirana serba boleh dalam bidang memasak. Masakan dia boleh buat orang teringat- ingat.

"Dah makan cepat. Nanti lambat nak pergi office."

Jangan lupa vote dan komen, terima kasih💗

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Jangan lupa vote dan komen, terima kasih💗

SHE'S MINEWhere stories live. Discover now