BAB 12

7.3K 336 6
                                    

Terganggu kerja Mak Wan apabila terdengar bunyi kerusi di baling berhasutan dengan jeritan pelanggannya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Terganggu kerja Mak Wan apabila terdengar bunyi kerusi di baling berhasutan dengan jeritan pelanggannya. Tak bertangguh, Mak Wan bawa langkah menuju ke bahagian hadapan. Bulat matanya melihat bahagian masuk restorennya habis berselerakan dengan kerusi dan meja terbalik sebelum matanya semakin meluas melihat seseorang yang dia sangat cam.

Konco- konco Jaguar.

"Mak Wan siapa tu?" Soal Milah, gadis yang bekerja di restorennya menggantikan tempat Kirana. Mak Wan menoleh memandang wajah ketakutan Milah. Sudahlah hanya ada mereka berdua yang menjaga kedai. Tiada kaum lelaki yang menemani. Suaminya pula berada di bandar ada urusan kerja.

"Milah pergi dekat pelanggan. Tengok sama ada dia orang okey atau tidak. Biar Mak Wan yang uruskan mereka." Tutur Mak Wan tidak menjawab soalan Milah. Pandangan dihala terus ke wajah dua lelaki bertubuh tegap dan tinggi. Berat langkahnya menghampiri dua lelaki yang berdiri di tempat masuk kedainya.

"Kau nak apa datang sini?" Kuat lantunan suara Mak Wan seakan tidak gentar dengan renungan helangan lelaki bernama Red. Red adalah orang kuat Jaguar.

Sekilas Mak Wan sempat melirik memandang Milah yang menguruskan pelanggan. Mujur hanya ada tiga pelanggan yang datang bersama untuk makan petang di restorennya. Yang kasihannya semua adalah wanita. Tentu mereka terkejut dengan kejadian yang baru terjadi. Langsung tak terduga konco- konco Jaguar akan datang ke restorennya.

"Kau tahu apa aku nak. Mana dia? Mana Kirana?" Bidas Red tegang bersama renungan tajam menikam ke anak mata Mak Wan.

"Aku tak tahu dia dekat mana." Balas Mak Wan. Kepala menggeleng. Sejujurnya Mak Wan tak tahu dimana keberadaan Kirana sekarang. Dia terkilan dengan Kirana sebenarnya. Gadis itu tidak mengikut rancangan asal keluarganya untuk menyelamatkan Kirana daripada ditangkap Jaguar. Namun jauh di sudut hatinya, Mak Wan risau jikalau Kirana diapa- apakan diluar sana.

Red mara langkah sedikit ke hadapan membuatkan Mak Wan mengundurkan langkahnya ke belakang sehingga tubuhnya terhadang dengan meja makan.

"Bagitahu aku sekarang perempuan tua!" Gertak Red menakutkan Mak Wan namun sebaliknya wajah itu tampak tenang dengan amarahnya. Langsung tak terkesan dek api kemarahan yang sedang membara kala itu. Kalau ikutkan hati Red mahu saja buat wanita tua itu tersungkur jatuh kesakitan tetapi melihat seorang gadis yang bekerja dengan Mak Wan yang sedang merekod video tentang perbuatannya terus menghentikan tindakannya.

"Kau jangan berani sebarkan video tu." Pusing kiri, Red mara ke arah Milah. Laju gadis muda itu tangkas bertindak melarikan diri bersama pelanggan yang melindungi gadis itu. Red menderam kasar. Mata melirik memandang Haimin memberi isyarat memerhatikan gerak- geri Mak Wan.

"Kalau encik cuba dekati saya, saya tak teragak- agak nak sebarkan video ni."

Tersungging naik hujung bibir Red. Dia takutkan gadis muda itu? Memang silaplah.

"Kau cuba nak halang kerja aku." Gah langkah tegapnya mendekati Milah. Langkah yang penuh angkuh. Seolah- olah dia paling berkuasa dekat situ. Lagi- lagi hanya dia dan Haimin saja lelaki di situ. Mudah kerja mereka.

SHE'S MINEWhere stories live. Discover now