Bab 45

7.5K 317 13
                                    

Rindu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Rindu. Bohonglah kalau Kirana kata dia tak rindukan Muaz. Setiap saat dia rindukan suaminya. Namun disebabkan rasa malunya pada lelaki itu dipendam segala perasaan rindu yang membuak di hati.

Empat hari Kirana duduk di rumah Arsyad. Berjauhan dengan Muaz buat pertama kali. Ada rasa ingin pulang ke rumah suaminya tetapi Kirana tak kuat nak hadap kenyataan yang jelas lagi nyata. Kirana malu dengan Muaz kerana dia langsung tak mengenal lelaki itu. Dia langsung tak mengecam Muaz adalah Zaydan.

Empat hari di rumah abangnya juga Kirana berkurung di dalam bilik. Sekali sekala dia akan turun ke bawah. Tapi kebanyakkan banyak duduk di dalam bilik melayan perasan. Adakalanya dia dengar suara- suara perbualan antara ayah atau abang bersama suaminya. Dia tahu Muaz ada datang ke rumah Arsyad sepanjang dia tinggal di sini. Dan kedatangan suaminya ke sini bukan dengan tangan yang kosong. Lelaki itu akan membawa makanan yang dia mengidam nak makan selepas dapat tahu daripada ayahnya.

Tiba- tiba pintu bilik diketuk. Kirana mengalih kepala ke muka pintu. Saat itu pintu dikuak dari luar. Muncul wajah ayah dibalik sipi- sipi daun pintu. Di tangan ayah membawa satu plastik besar. Kirana tahu isi di dalamnya.

"Adik..." Panggil Khalid, menapak masuk ke dalam.

Kirana menggumam halus. Wajah ayah dipandang. Kemudian jatuh pada tangan ayah. Ayah meletakkan plastik bungkusan di atas tepi meja katilnya. Kirana pandang plastik itu dengan rasa ingin tahu. Tak semena- mena dia telan liur bila dia menangkap bau sesuatu.

"Muaz ada datang tadi. Dia belikan adik makanan yang adik mengidam ni. Nanti adik makan ya." Kata Khalid melabuhkan duduk di birai katil di sisi anaknya.

Kirana pandang dengan renungan sayu sebelum kepala mengangguk. Seperti yang dia dapat agak Muaz akan bawa makanan ke rumah Arsyad. Lelaki itu sanggup berulang- alik untuk menunaikan segala keinginan dia. Kirana juga perasan yang Muaz ada tidur di bilik ruang tamu di rumah Arsyad. Suaminya langsung tak menjenguk dia gara- gara tak nak buat Kirana rasa tertekan.

"Dia ada lagi dekat sini?" Kirana menyoal. Jam di dinding di lihat. Mungkin suaminya sudah pulang ke tempat kerja.

"Dah pergi ofis balik. Petang ni dia ada miting. Itu pun bergegas carikan makanan adik lepas ayah beritahu dia. Bersungguh- sungguh ayah tengok Muaz. Sayang betul dia dekat adik. Padahal tak sampai satu jam ayah call dia beritahu, dia dah datang bawa makanan."

Kirana juga dihambat rasa terharu. Pagi tadi sedar- sedar dari tidur dia teringin nak makan murtabak daging cicah kuah kari. Dah lama sangat dia tak makan murtabak. Tiba- tiba pula rasa mengidam ni membuak- buak. Mujur makanannya senang dicari. Kalau dia buat hal tiba- tiba nak makan pelik, tak mustahil Muaz tak senang duduk nak mencarinya.

Khalid renung wajah Kirana. Dia boleh perasan sesuatu dari riak wajah anaknya. Dia pasti hati Kirana sedang menanggung rindu. Rindu pada seorang suami.

"Adik rindu Muaz eh?" Khalid sengaja menyoal ingin mengorek rahsia si anak. Sejauh mana Kirana ingin berbohong dia boleh dapat tangkap hanya melalui pandangan mata anaknya.

SHE'S MINEWhere stories live. Discover now