Bab 9

7.8K 367 5
                                    

Pilihan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Pilihan. Kirana dah tak ada pilihan untuk berpatah balik. Dia dah buat keputusan. Keputusan yang membawa dia ke dalam rumah ini. Seminggu berlalu. Tiada apa yang terjadi. Tiada perkara buruk yang terjadi. Semuanya dalam keadaan baik. Seminggu juga dia tak keluar rumah, hanya terperuk di dalam rumah. Tidak di bilik, dia turun ke dapur mencari Mak Lijah. Bantu Mak Lijah masak. Bilik dan dapur. Itu saja tempat dia.

Bosan. Memang agak bosan. Dia tak boleh nak buat apa dekat dalam rumah ini. Hari kedua di rumah Muaz dia dah buat masalah. Terjatuhkan bingkai gambar yang terletak atas rak di ruang tamu. Waktu itu dia hanya ingin membantu Mak Lijah membersihkan habuk di atas rak. Tak sedar nasib malang yang bakal menimpa dia tak semena- mena bingkai gambar itu jatuh menyembah lantai.

Buat Kirana bertambah malu dan takut bila tuan badan ada duduk di meja makan bersama dengan Hezra. Dia menjadi tatapan mata seksi lelaki itu. Memang Muaz tak bersuara tapi dia rasa bersalah dah rosakkan barang lelaki itu. Sejak dari tu Kirana tak berani nak usik barang- barang dalam rumah. Kalau murah macam rumah dia tak apa, ini mahal mengalahkan gaji dia sehari di restoren Mak Wan.

"Kirana..."

Panggilan Mak Lijah menyentakkan lamunan Kirana. Kepala Kirana menoleh memandang Mak Wan di sisi. Dia pula berdiri di depan sinki. Sedang membasuh pinggan- pinggan yang baru digunakan untuk sarapan pagi tadi. Taknak pisang berbuah dua kali, berhati- hati Kirana membasuh pinggan kaca itu. Lagipun kali ini dia tak mahu lagi jadi perhatian Muaz. Bukan hanya Muaz, pekerja Muaz yang dia jumpa kali pertama semuanya ada disitu. Hezra, Aiden, Roy dan Jade.  Tak sanggup Kirana nak memalukan diri kali kedua.

"Ya Mak Lijah." Sahut Kirana. Mak Lijah meletakkan cawan dan teko di tepinya.

"Lamanya basuh. Jauh sangat berangan. Sampai Mak Lijah panggil berkali tak menyahut."

Darah menyerbu terus ke muka. Lama sangat dia mengelamun sampai tak perasan Mak Lijah memanggil. Terlalu teringatkan kenangan lama sampai terbawa- bawa.

Kirana sengih. Menampakkan barisan gigi atasnya yang rata. Matanya mengecil sepet.

"Sekejap Rana habiskan basuh pinggan ni. Nanti cawan dan teko pun Rana basuh. Mak Lijah boleh rehat." Dah alang- alang Kirana buat kerja dapur dia terus habiskan semua kerja. Baru clean! Buat kerja sampai siap. Tak ada yang tertinggal.

Mak Lijah menyinsing lengan bajunya sehingga ke siku. Pinggan dan span berada di tangan Kirana dicapainya. Berkerut dahi Kirana pandang aksi Mak Lijah. Tubuhnya tertolak sedikit ke tepi.

"Biarlah Rana yang habiskan."

"Tak payah. Biar Mak Lijah sambung. Rana pergi depan. Tuan Muaz nak jumpa."

Berkerut dahi Kirana. Muaz nak jumpa dia? Selepas pertemuan dia di bilik kerja lelaki itu beberapa hari lalu, Kirana langsung tak bertegur dengan Muaz. Hanya berbalas senyuman. Itu pun dia yang senyum. Muaz hanya tayang muka tanpa perasaan dia. Selalunya waktu pagi saja Kirana boleh lihat wajah Muaz. Petang dan malam tak ada. Muaz pulang lewat ke rumah. Sehinggakan menjadi tanda tanya akan pekerjaan lelaki itu.

SHE'S MINEWhere stories live. Discover now