Bab 39

6.7K 318 9
                                    

Kirana mendongak kepala apabila namanya dipanggil

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Kirana mendongak kepala apabila namanya dipanggil. Pandangannya bersatu dengan suaminya. Muaz berdiri di hadapan cermin. Suaminya sudah bersiap dengan pakaian kerjanya. Tangannya naik menggamit Kirana mendekati.

"Tolong aku boleh?" Muaz minta pertolongan. Tali leher yang masih belum diikat dibiarkan di leher.

Kirana letakkan telefonnya diatas katil. Kaki dibawa turun ke lantai. Kaki melangkah mendekati suaminya.

"Tapi saya tak pandai. Nanti salah macam mana?" Polos pertanyaan Kirana. Risau juga dia terbelit leher Muaz. Tak pasal- pasal lain pula yang jadi.

Muaz paut isterinya merapat. Kedua tangannya diletakkan lembut di sisi pinggang Kirana. Sekejapan ada ciuman berlabuh di dahi Kirana.

Jarak mereka terlalu rapat. Tangan Kirana mendarat diatas dada suaminya. Menghalang Muaz dari terus merapatkan tubuh mereka. Tali leher yang tersangkut di leher suaminya dipegang. Sekilas wajah Muaz dipandang.

"Macam mana?"

"Let me teach you." Muaz menyentuh tangan Kirana yang sedia memegang tali lehernya. Tangannya menindih tangan Kirana. Kemudian dia bawa tangan untuk melilit tali lehernya mengajar Kirana cara melilit tali leher.

"Faham?" Muaz menyoal selesai melilit tali leher dengan kemas. Wajah Kirana ditatap.

"Faham... kot." Balas Kirana ragu- ragu. Kirana tersengih sumbing. Gayanya nampak mudah tapi Kirana risau dia ada tertinggal langkah. Mana tidaknya, Muaz buat terlalu laju. Alih- alih dah siap.

Tiba- tiba Muaz merungkaikan tali lehernya. Bulat mata Kirana. Ini memang sengaja nak menyusahkan dia. Walhal, dah elok cantik tali leher itu diikat kemas.

"Try again."

Kirana mengetap bibir. Tali leher dan wajah suaminya dipandang silih berganti. Risau kalau dia buat tak sempurna seperi yang diajarkan Muaz.

"Cepat sayang." Muaz menarik belakang tubuh isterinya merapat. Membuatkan langsung tiada jarak ditengahnya.

Terkebil- kebil Kirana dibuatnya. Hanya jua dia tetap melakukan tugas yang disuruh suaminya. Tali leher dililit mengikut cara yang Muaz ajarkan. Hampir- hampir Kirana mahu tertinggal langkah, mujur dia dapat mengingat semula.

Muaz tersenyum saat tali lehernya dililit rapi. Kemas. Berjaya juga Kirana mengingat semua langkahnya.

"Tengok tu kan dah pandai. Good wife." Puji Muaz bangga. Sebelah tangan mengusap sayang kepala Kirana. Selepas ini bolehlah dia minta bermanja- manja dengan Kirana semata- mata ingin meminta isterinya pakaikan tali leher.

"Dah boleh lepaskan saya?" Pinta Kirana minta Muaz lepaskan tubuhnya. Sempat dia mengerling jarum jam. Masih berbaki lima minit sebelum Muaz bergegas ke tempat kerja. Selalunya Muaz akan gerak tepat 8:30 pagi.

"Nak hadiah macam semalam boleh?" Muaz rapatkan wajah.

Terundur wajah Kirana ke belakang. Dia faham maksud suaminya. Malah, dia sendiri yang memberikan hadiah ciuman di pipi lelaki itu semalam.

SHE'S MINEWhere stories live. Discover now