Bab 31

7.4K 338 7
                                    

Selepas makan malam, Kirana terus masuk ke dalam bilik

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Selepas makan malam, Kirana terus masuk ke dalam bilik. Berdesup dia melarikan diri daripada Muaz. Mujur suaminya tak naik ke atas bersamanya. Dia menemani Khalid di bawah.

Masuk saja dalam bilik, Kirana tutup pintu rapat serentak kunci sekali. Badan disandarkan di belakang pintu. Dada yang berdegup kencang disentuh. Nasib baik dapat selamatkan diri. Memikirkan ini adalah malam pertama mereka, Kirana tak mampu nak fikir dengan waras. Apatah lagi dengan hubungan mereka yang masih dingin. Bukan Muaz, tapi hanya dia saja.

Walaupun sejak majlis mereka tadi Muaz masih berbaik dengan dia, melayan dia dengan lembut, hati dia masih lagi terdetik untuk membalas perbuatan yang sama. Hati dia masih belum terpujuk lagi dengan sikap lelaki itu.

Kirana melangkah ke katil. Tudung sarung diatas kepala dibuka. Diletakkan ditepi birai katil. Terus dia naik ke atas katil. Kaki dilunjurkan rapat ke hadapan. Badan disandar di kepala katil. Penat siang tadi masih lagi tak habis.

Saat ini Kirana masih tak menyangka yang dia sudah menjadi isteri kepada Muaz dalam tempoh sesingkat ini. Perkenalan mereka tidak sampai setengah tahun lagi, namun dia dah masuk ke dalam hidup lelaki itu. Menyesal? Terdetik juga sikit di hatinya. Jika diberi peluang dia mahu lari dari tempat ini, tapi semuanya mustahil. Akhirnya, dia tetap juga masih menetap di sini.

Kirana mengeluh dalam. Mata terpejam rapat. Memori lalu menghimpit diri. Bermula daripada masalah ayah. Ayah jadikan dia tawanan Jaguar. Mak Wan carikan dia tempat selamat tetapi dia masih ada di sini. Kemudian pertemuan dia dan Muaz. Semuanya bagai lintas lalu di matanya saat ini. Kalau semua ini tak pernah berlaku, tentu dia masih lagi duduk di kampung. Bekerja di restoren Mak Wan. Dan dia tak akan mengenali lelaki bernama Muaz.

∘₊✧──────✧₊∘

Khalid menghirup teh panas yang masih berbaki di dalam cawannya. Teh itu disediakan oleh Kirana. Selepas hidangkan air untuknya dan Muaz, terus dia tak nampak batang hidung Kirana. Ingatkan Kirana berpatah balik ke dapur, bila dia menoleh ke dapur lampu sudah malap. Tak lain tak bukan anaknya sudah naik ke atas.

Khalid menoleh kepala ke sebelah. Muaz masih duduk di sebelahnya menemani menonton siaran sukan. Wajah itu direnungnya. Terlihat kelihatan yang terpancar tapi menantunya itu masih lagi berpura- pura segar di sisinya.

"Naiklah Muaz. Ayah tengok Muaz dah penat sangat tu."

Teguran Khalid buat Muaz tersentak. Wajah dikalih merenung Khalid. Muaz senyum nipis bersama gelengan.

"Tak apa, sikit lagi ni nak habis. Lepas habis nanti saya naik atas." Mata melirik memandang jam di dinding. Dah masuk 11 malam. Dia masih lagi duduk depan televisyen. Sebenarnya jasad dia memang ada di ruang tamu, tapi otak dah melayang entah kemana. Lagi- lagi sedang memikirkan penerimaan Kirana.

"Kirana ada buat hal ke?"

Muaz mengerutkan dahi. Pelik bila Khalid soal tentang itu. Kepala menggeleng menidakkan.

SHE'S MINEWhere stories live. Discover now