Bab 49

7K 300 7
                                    

Terpejam mata Muaz memandang pinggan kosong di depan matanya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Terpejam mata Muaz memandang pinggan kosong di depan matanya. Tak sempat dia nak menelan baki pisang goreng, jeritan Kirana buat dia pegun. Duduk kaku bersama kunyahan masih berbaki dalam mulut.

"Abang! Kenapa abang habiskan Rana punya pisang goreng." Kirana renung pinggan kosong di depan suaminya. Habis! Langsung suaminya tak tinggalkan dia pisang goreng walaupun satu. Dah lah dia mengidam nak makan pisang goreng buatan Mak Lijah.

"Sayang..." Muaz bangun berdiri mendapatkan Kirana. Lengan isterinya disentuh tapi laju ditepis Kirana.

"Abang tak tahu yang awak nak makan lagi. Mak Lijah kata awak dah makan." Serba salah Muaz jadinya. Dia baru saja balik dari markas. Berlalu ke meja makan dia nampak pisang goreng. Terserempak pula dengan Mak Lijah dan wanita itu suruh dia habiskan. Itu sebab Muaz habiskan baki pisang goreng.

Birai mata Kirana yang basah semedan mengalirkan laju air mata turun. Lebat. Muaz menggosok belakang leher yang tidak gatal. Cari masalah sungguh kau ni Muaz, desis hati Muaz. Gelabah jadinya melihat air mata yang mencemar wajah isterinya. Kirana bawa tubuh Kirana bertentangannya. Lengan Kirana cuba dicapai, mujur kali ini isterinya tak mengelak. Tubuh itu dipeluk erat.

"Saya simpan sebab nak solat asar dulu. Lepas solat nak turun makan balik. Tapi abang..." Adu Kirana bersama tangisan yang makin jelas kuat. Pisang goreng dia..huwah!!!

Mak Lijah yang datang dari luar dapur memandang pelik melihat Kirana yang menangis. Keningnya terjungkit memandang Muaz yang berhadapan dengannya. Tubuh Kirana membelakanginya. Sayup- sayup kedengaran bisikan Muaz mengatakan yang dia tak sengaja habiskan pisang goreng Kirana.

Cuak wajah Mak Lijah. Dia yang izinkan Muaz makan sebab tengok Kirana dah tak ada dekat bawah. Ingatkan Kirana dah puas makan sebab tu bila Muaz balik dia hidangkan buat lelaki itu. Lain pula yang jadi.

"Habistu macam mana?" Balas Mak Lijah berbisik halus. Melihatkan gelengan Muaz dan lelaki itu boleh kendalikan emosi Kirana, Mak Lijah pusing tubuh kembali ke dapur. Dia yakin Muaz boleh pujuk Kirana. Kalau ada pisang di rumah boleh dia gorengkan lagi. Tapi tak ada, dia tak boleh nak membantu.

Saat kelibat Mak Lijah pergi, Muaz lepaskan tubuh Kirana yang masih terhinjut- hinjut dalam tangisan. Merah wajahnya menangis. Muaz fikir cara mahu memujuk isterinya.

"Abang belikan pisang goreng awak dekat luar ya?" Muaz tenung Kirana. Pipi yang dibasah diseka dengan ibu jarinya. Wajah Kirana menunduk. Dagunya dipaut membuatkan pandangan mereka kembali bersatu. Gelengan dari Kirana buat Muaz sekali lagi terkesima.

"Saya taknak yang jual dekat luar. Saya nak yang Mak Lijah gorengkan." Tercebik- cebik bibir Kirana bersama tangisan yang masih tersisa.

Pulak! Mati kutu Muaz jadinya. Tak ada masalah cari masalah. Memang buat hal. Perempuan mengandung ni kalau tak turutkan kemahuan risau bertambah merajuk. Tak pasal- pasal dia kena tidur luar malam ni.

SHE'S MINEWhere stories live. Discover now