Bab 13

7.4K 354 10
                                    

Muaz bangkit dari pembaringan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Muaz bangkit dari pembaringan. Dia tak boleh tidur. Kepalanya kusut memikirkan sesuatu. Dan tentu berkaitan dengan Kirana. Kerana fikirkan gadis itu sampai mata dia tak boleh terlelap. Kenangan lalu bagaikan sedang berulang tayang di kotak fikirannya.

Pandang jam tergantung di dinding, dah masuk dua pagi. Muaz turunkan kaki ke lantai. Tangan di tongkat di birai katil kemudian dia bangun berdiri. Terus dia hala ke muka pintu. Tombol pintu dipulas sebelum pintu terbuka luas. Kaki terus menapak ke luar.

Dia mahu turun minum air. Tekaknya dahagakan minuman. Dapat kena minuman sejuk baru lega. Menapak ke tangga, dahi Muaz berkerut melihat cahaya separa terang dari arah ruang tamu. Siapa pula yang masih belum tidur, desisnya di dalam hati.

Mahu tahu siapa di bawah, dia menapak turun anak tangga satu persatu. Turun dari tangga terus menghadap ruang tamu rumahnya. Melihat tubuh itu daripada belakang, Muaz cukup kenal dengan pemilik tubuh yang duduk menunduk menghadap komputer ribanya. Muaz terus mendekati.

"Hez..." Panggil Muaz.

Serentak kepala Hezra tertoleh ke belakang dengan badan tersentak kerana terkejut dengam panggilan mengejut daripada tuannya. Terkejut dia melihat Muaz berdiri di belakangnya pagi- pagi buta ini. Haih, buat terkejut dia saja!

"Ya, tuan. Kenapa tak tidur lagi?" Hezra soal. Tubuh dipusingkan sepenuhnya menghadap Muaz. Muaz dah ambil tempat di sebelah dia. Sekilas dia nampak Muaz merenung skrin komputer ribanya.

"Kenapa kau tak tidur lagi?" Soalan berbalas dengan soalan. Pandangan dihalakan pada skrin kemudian pada wajah Hezra. Wajah itu kelihatan dari biasan cahaya skrin komputer ribanya.

"Saya nak selesaikan kerja yang tuan bagi ni. Lagi sikit nak siap." Hezra balas mendatar. Melihat renungan mata tuannya, Hezra tahu yang Muaz tak suka dengan sikapnya. Muaz paling tak suka kalau dapat tahu ada pekerja bawahnya tidak cukup tidur gara- gara ingin selesaikan kerjanya.

"Aku tak minta urgent kan? Kau tahu aku tak suka kalau pekerja aku tak cukup tidur. Kesannya nanti kau mengantuk pagi hari." Lembut bicara Muaz walaupun ada tegasan di situ.

Hezra senyum segaris bersama dengan anggukan. Mengakui yang dia salah. Dengan Muaz tak boleh dibantah. Kalau dah disuruh, kena ikut saja. Kalau tidak, habislah dia. Muaz itu jika tak kena dengan caranya boleh bertukar jadi singa. Tegasnya lebih menakutkan.

Hezra terus simpan file kerjanya. Kemudian, komputer riba terus ditutup. Skrin menjadi gelap dalam beberapa saat kemudian. Barulah fokus Hezra kembali pada Muaz.

"Tuan tak jawab soalan saya lagi."

"Perlu aku jawab soalan kau?" Muaz jungkit sebelah keningnya. Laju kepala Hezra mengangguk, mahukan jawapan daripadanya. Itu pun mahu tahu.

"Aku tak boleh tidur. Turun bawah nak minum air."

Berkerut seribu dahi Hezra. Jarang Muaz tak boleh tidur. Sepanjang dia bekerja dengan Muaz, lelaki itu tak pernah tidur lewat. Orang kata, memang on time. Kiranya Muaz ni lain daripada yang lain. Lelaki lain sibuk melepak dekat luar tengah malam begini. Tapi Muaz pukul 10 malam dia dah masuk tidur. Esok paginya, pukul 5 pagi dia dah tersedar.

SHE'S MINEWhere stories live. Discover now