Bab 20

7.8K 327 6
                                    

Kirana pandang cermin yang terletak di hadapannya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Kirana pandang cermin yang terletak di hadapannya. Dia sudah bersiap sepuluh minit lalu tapi masih rasa tak puas hati. Was- was nak turun ke bawah. Risau Muaz kritik pakaian dia.

Tadi kononnya cakap nak siap awal dari Muaz. Ini tidak, awal- awal lelaki itu dah bersiap. Siap dah tunggu dalam kereta. Pakej lagi dia sengaja bunyi enjin kuat supaya dia dengar dari atas. Mana tidaknya, bilik dia boleh nampak kawasan hadapan rumah.

Kirana menilik pakaiannya buat kali terakhir. Aci redah sajalah! Harap- harap Muaz tak bawa dia pergi tempat orang kaya selalu lepak. Pakaian dia tak sesuai untuk tempat itu.

Beg duit lusuh miliknya dicapai. Dia tak ada beg tangan, jadinya dia lenggang bawa diri. Beg duit dan telefon berjenama dipegang kemas.

Kirana turun ke bawah. Dia terus keluar dari rumah dan menuju ke kereta Muaz selepas sarung selipar pada kaki. Teragak- agak dia nak buka pintu kereta. Sama ada nak duduk di bahagian belakang atau depan.

Kalau duduk depan dia rasa tak selesa. Kalau duduk belakang dia pula rasa macam kurang sopan. Macam dia pula majikan dekat rumah ini. Walhal yang bawa kereta nanti adalah Muaz.

Cermin tingkap di bahagian penumpang dibuka. Wajah Muaz menghiasi pandangannya. Sebelah kening Muaz ternaik memerhatinya.

"Duduk depan." Muaz seakan faham apa yang sedang difikirkan Kirana, lalu Kirana pantas masuk di tempat duduk depan. Dah tak fikir lagi tentang rasa tak selesa duduk bersebelahan Muaz. Sekarang ini dia cuma fikir serba salah buat Muaz menunggu.

Masuk di tempat duduk. Kirana langsung tak buka mulut. Sempat mata melirik memerhati tindakan Muaz. Kali pertama Kirana naik kereta mewah buatkan separuh hati dia berasa teruja. Sebelum ini mana pernah dia merasa. Dulu di kampung, dia sekeluarga hanya ada sebuah motosikal lama dan kereta kancil.

"Pakai tali pinggang tu. Kalau tak reti aku boleh tolong pakaikan." Kata- kata Muaz buat wajah Kirana berbahang merah.

"Saya boleh pakai sendiri." Gelabah dia menarik tali pinggang lalu dipasangkan. Kalau biarkan Muaz yang buatkan memang buat hal. Tak pasal- pasal dia tak jadi ikut lelaki itu.

Muaz memandang Kirana seketika. Senyuman nipis segaris terbias di wajahnya. Brek tangan diturunkan. Batang gear ditolak ke gear D. Kaki menekan minyak dan perjalanan ke bandar dimulakan.

Sepanjang perjalanan, Kirana hanya duduk diam di sebelah. Mulutnya langsung terkatup rapat. Muaz pula fokus memandu memandang ke hadapan. Sesekali Kirana terdengar bibir itu terbuka menyanyi kecil mengikut lagu yang dipasangkan di screen Android Player.

Tiga puluh minit perjalanan, mereka tiba di pusat membeli belah Aeon. Kirana merenung banguna itu tanpa reaksi. Bukan dia tak teruja bila Muaz bawa dia ke sini, tapi tengok pakaian dia macam tak sesuai. Ditambah lagi bergandingan dengan Muaz, memalukan lelaki itu saja.

Muaz dah tutup enjin kereta. Tangan bersedia untuk buka pintu kereta. Namun, gadis di sebelahnya langsung tak ada tanda- tanda nak keluar dari kereta. Serentak, pandangan dihalakan kearah Kirana.

SHE'S MINEWhere stories live. Discover now