Bab 37

7K 319 12
                                    

Kedinginan bilik meresap sehingga ke kulit

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Kedinginan bilik meresap sehingga ke kulit. Kirana mengeluh dalam mamai. Tangan meraba sebelah namun tiada orang disisinya. Kosong. Kirana buka sepasang matanya. Terkedip- kedip matanya beberapa kali. Selimut tebal yang terasa melorot ke bawah ditarik sehingga separas bahunya.

Hanya kemudian, pintu bilik terbuka dari luar. Serentak kepala Kirana menoleh memandang pintu. Wajah suaminya menyapa pandangan. Di tangannya ada seperti bungkusan makanan.

Kirana bangun. Badan disandarkan di kepala katil. Tangan masih erat menggenggam kemas selimut tebal daripada jatuh melorot ke bawah.

Muaz meletakkan bungkusan makanan sarapan pagi mereka di atas meja makan. Kemudian, dia berpusing ke katil mendapatkan Kirana. Ada senyuman terselit di bibir memandang wajah mengantuk isterinya. Mana tidak mengantuk, Kirana melayannya malam tadi.

"Morning sayang. Dah pergi bangun mandi. Kita dah lewat ni. Kejap lagi nak check-out." Dahi Kirana dicium. Sempat rambut isterinya dikusutkan. Muaz menapak selangkah mencapai kemeja bajunya malam tadi yang terdampar di tepi katil. Kemudian, disarungkan pada tubuh Kirana.

Tangan menggamit isterinya untuk bangun. Kirana hulurkan dalam keadaan wajah yang berbahang. Bangun pagi dah dapat morning kiss. Berterbangan rama- rama di dalam perutnya dengan aksi bersahaja suaminya. Apatah lagi malam tadi dia telah menyerahkan seluruh dirinya kepada lelaki itu.

Mereka saling berhadapan. Tepat pandangan Muaz pada mata cantik isterinya. Dagu Kirana dipaut halus membuatkan kepala Kirana terdongak memandang kearahnya. Tatapan mata mereka bersabung. Muaz merenung isterinya penuh dengan rasa cinta.

"Terima kasih untuk malam tadi. You are the best." Muaz tayang senyuman mengusik. Pipi merah isterinya diusap sayang.

Kirana mengemam bibir. Malu sebetulnya bila Muaz mengungkit cerita malam tadi. Semuanya terjadi dalam keadaan rela. Dia sendiri yang merelakan tubuhnya dibelai suaminya buat pertama kali sebagai pasangan suami isteri.

"Kau malu?"

"Boleh tak jangan mengusik saya." Kirana pukul perlahan dada suaminya.

Muaz tergelak halus. Tubuh Kirana dipusingkan membelakanginya. Tubuh itu ditolak menuju ke muka pintu bilik air. Dibawa masuk tubuh isterinya sehingga ke dalam.

"Dah pergi mandi. Aku lapar ni. Jangan sampai aku makan kau pula."

Kirana mencebik bibir. Suaminya yang melengahkan masa mereka. Kirana tolak tubuh Muaz keluar dari bilik air. Pintu ditutup rapat dan dikunci. Tersengih Muaz diluar bilik air. Suka dia mengusik Kirana. Bila dia mengusik, wajah itu akan berbahang kerana malu. Isterinya kelihatan comel. Itu yang buatkan Muaz bertambah suka.

∘₊✧──────✧₊∘

Kirana menanti semuanya habis perbualan di dalam telefon. Muaz sedang berbual dengan Hezra. Entah apa perbualan mereka tetapi Kirana boleh nampak jelas wajah tidak puas hati suaminya. Gayanya seperti disuruh Muaz melakukan sesuatu. Muaz pula tak habis- habis membantah perbualan bersama Hezra. Tetapi akhirnya dia lihat seakan Muaz mengalah sebelum mematikan panggilan.

SHE'S MINEWhere stories live. Discover now