#CASE 02

1.3K 89 1
                                    

TABIK hormat dilakukan saat Tuan Jad melangkah masuk ke dalam bilik mesyuarat itu . Bila mereka semua diarahkan duduk , kesemuanya duduk mengambil tempat masing-masing di dalam bilik gelap itu .

Mata Tuan Jad melihat satu persatu anggotanya yang berwajah serius saat ini . Dia memandang pula pada Yara yang sudah mengambil tempat sebagai pembentang kes hari ini .

" Okey Yara . Go " Yara mengangguk dan menghidupkan slide dengan bantuan oleh Joshua yang duduk di hadapan laptop . Satu slide dilihat dan mula dibentang oleh Yara Hanina .

" Nama mangsa , Nur Deena binti Hairudin . Mayat mangsa ditemui mati tragis oleh pembantunya , Moon tepat pada pukul 1.45 pagi , 25 Jun 2022 . Deena hilang saat berlangsungnya majlis anugerah khas selebriti dalam anggaran pukul 11.50 malam kejadian " Joshua menukar ke slide seterusnya . Yara mengeluarkan laser sight pointer dari dalam poket suit hitam miliknya . Diarahkan laser tersebut ke arah slide .

" Mangsa ditemui mati di dalam bilik penggambaran True Talent Agency dengan dirinya diikat pada kerusi . Apa yang kami dapati , lidah mangsa dibelah dua dan dipotong . Posmortem dah dibuat di dapati mangsa mati akibat tertelan racun . Soal suspek satu haram bukti kami tak jumpa " Tuan Jad mengangguk faham . Baginya kes ini berat . Kematian selebriti terkenal ini bukan mudah untuk dirungkap puncanya .

" Racun apa ? "

" Hemlock Tuan . Saya dan Detektif Yara terjumpa satu botol kosong dan dalam tu ada cecair hemlock selepas saya bawa ke makmal untuk siasat " Tina menerangkan pada Tuan Jad . Kepala lelaki itu mengangguk lagi . Dia mengeluh berat memandang satu-persatu wajah anggota yang merupakan 5 orang di dalam kumpulannya .

" Hemlock ni bukan ada kat Malaysia pun . Seingat saya pokok hemlock ni ada kat Eropah tak pun Afrika utara . Saya tak rasa kalau ada orang jual racun tu sebab bukannya ada manfaat melainkan suspek buat sendiri racun tu dengan hemlock yang dipetik sendiri . Hemlock ni bahaya " Joshua mencelah berhujah dengan pengetahuannya . Semua di situ bersetuju dengan lelaki berbangsa cina itu . Bulu roma Kaysa mula merinding jika sekejam itu suspek membunuh Deena Hairudin .

" Akim , Kaysa ? Dah soal siasat mak ayah Deena ? " Kaysa mengangguk serentak bersama Akim . Lelaki itu memperbetulkan duduknya pada kerusi sebelum dia mengatakan hujahnya . Semua mata di situ fokus pada Akim sahaja saat ini .

" Cik Deena tak ada bermusuh dengan siapa pun lepas kami soal siasat mak ayah mangsa . Tapi ada benda yang saya curious dengan tunang Cik Deena . Josh , next slide " Kesemuanya fokus pada slide yang dipaparkan . Yara menyilang tangan ke dada membaca butiran maklumat tentang tunang Deena Hairudin .

" Nik Jawhar . Dia pilot and now dia kat Italy . Lepastu saya dan Kaysa ada la stalk media social Jawhar ni . Dia rapat dengan Deena sangat-sangat ! Apa yang saya curious , tunang mati takkan tak balik kan ? Sampai ke petang harini pun dia tak balik " Akim memberi penjelasan . Benda kecil itu pun baginya sangat penting dan menjadi tanda tanya . Bakal isteri mati tak akan tak boleh pulang ke tanah air ?

" Mana tahu pilot sorang je . Kan ? " Tina memandang Akim . Lelaki itu menggeleng . Butiran maklumat seterusnya ditunjuk pada silde . Diterangkan kepada soalan Tina itu .

" Dia bawa pesawat Air Asia MH6432 sehari sebelum hari kejadian Deena ditemui mati . Kaysa dah pergi airport tanya butiran pesawat yang Jawhar ni naik dan dalam tu ada lagi dua orang tak termasuk Jawhar pilot yang arif dalam penerbangan . Boleh je kalau dia nak balik melainkan ada sebab " Tuan Jad menghembus nafas kecil . Dia meluruskan tulang belikatnya dan menyatukan kedua tangan di atas meja untuk berfikir .

" Okey macam ni , kita tunggu Jawhar tu balik Malaysia baru kita soal siasat dia . Ouh ya sebelum lupa apa guard india True Talent Agency tu cakap ? Macam mana keadaan dia ? Kau kan jumpa dia , Kaysa ? " Kaysa mengangguk kepada Tuan Jad yang serius memandangnya . Dia yang masih baru di dalam kumpulan ini selama 3 bulan perlulah lebih laju dan cekap dalam membuat kerja .

HEMLOCK ✅Where stories live. Discover now