#CASE 45

845 52 0
                                    

PAP !

Meja dihentak Yara kuat . Matanya mencerlung mata yang berada di hadapannya kini . Nafasnya naik turun menahan marah yang dari tadi membuak-buak .

" Aku tahu kau ada sorok something kan ? Bagitahu ! " terkebil-kebil wanita yang duduk di hadapannya saat Yara mengherdik . Seorang wanita dalam lingkungan 30 an .

Tidak peduli dia pasal hormat kira umur . Tak beri kerjasama memang pendapat la jawabnya . Mengigil tangan wanita itu tidak berani mahu bertentang mata dengan inspektor polis itu .

" Kau nak aku buat poligraf test ke ? Kalau tak nak ! Bagitahu ! " Akim sudah menyiku lengan Yara bila gadis itu mula melebih marahnya . Yara menyandarkan diri pada kerusi . Ditenung wanita itu yang membisu sedari tadi .

" Kak , dengar apa saya nak cakap . Kami syak ini kes pembunuhan . Pembunuhan seorang budak berumur 5 tahun di sebuah transit kanak-kanak yang akak kerja sekarang . Dalam badan mangsa ada racun yang dulu pun kami yang settlekan kes ni . Tolong bagi kerjasama boleh ? "

Akim berbicara lembut . Wanita itu menahan tangis . Ditenung sahaja pegawai polis lelaki itu . Yara ? Gadis itu kalau ditenung matanya sahaja silap-sila boleh arwah .

" Cepatlah cakap ! "

" Yara Hanina... " Akim mencerlung tajam rakannya itu . Yara mendengus kecil dan mendiamkan diri . Dia tahu kalau dia bersuara lagi pasti Akim akan memarahinya lagi .

Wanita itu mereka tenung lama . Air mata sudah berjujuran dan itu membuatkan Yara menyampah . Tak hairan kalau ada drama sebabak air mata di dalam bilik soal siasat ini . 

" Sebenarnya ye saya yang beli racun hemlock tu . Saya..."

" Saya apa ?! " terhinjut bahunya saat disergah Yara . Makin galak air mata itu menitis jatuh .

" Saya tak suka tengok budak-budak ni merengek ! Bila saya bagi racun tu diorang akan lemah ! Dalam masa 24 jam diorang... " mata mereka tertala pada pintu yang terbuka . Tina mengangkat tabik kepada Yara dan Akim .

" Maafkan saya , tuan puan . Ini ada maklumat baru berkenaan Puan Farah ni . Maaf sebab silap tengok dan lambat bagitahu " satu fail diberikan Tina kepada Akim . Mereka meneliti butiran itu .

Kedua-dua mereka berpandangan sesama sendiri . Baik Akim baik Yara . Dua-dua pamer reaksi terkejut . Wajah wanita yang bernama Puan Farah itu dipandang mereka .

" Kau ada sejarah penyakit... " Puan Farah mengigit bibirnya . Yara menghembus nafas perlahan sebelum tangannya yang memegang fail itu jatuh perlahan .

──•~❉᯽❉~•──

Fail dihempas ke atas meja kuat sehingga mengejutkan seisi rakan sepasukannya yang lain . Wajahnya merah padam saat ini dan itu mengerunkan seisi meja .

" Memang kita tak boleh nak dakwa dia seorang pesalah la namanya . She's crazy ! "

" Duduk... Yara... " Kaysa menarik tangan itu agar duduk di kerusinya . Sekadar turuti dia duduk di tempatnya . Botol mineral digapai dan dia meneguk air kosong tersebut .

" Tapi dia mengaku dia yang suntik hemlock tu pada badan mangsa . Hemlock tu dia beli pada orang . Kisahnya , budak tu mengamuk itu ini dan dia geram dia suntik " Akim menerangkan .

" Aaaa... that why pada lengan mangsa ada kesan lebam . Kan Tina ? " gadis itu mengangguk dengan kata-kata Joshua . Dia mengigit jari telunjuknya sebelum mata dikecilkan memikirkan sesuatu .

" Dia beli hemlock ? Dah macam kegiatan dadah pula sekarang racun ni . Siapa stokis dan siapa agent dia ? Ini dah macam budaya jual beli pula "

" Kan ? Hemlock ni pada kes tiga negeri termasuk kita , kes pembunuhan . Budak-budak ni semua kat rumah pengasuh mereka dan balik dah macam tu . Die ! Campur pula dengan kes kanak-kanak hilang sekarang . Entah macam mana tapi aku rasa , diorang guna hemlock juga "

HEMLOCK ✅حيث تعيش القصص. اكتشف الآن