#CASE 43

806 47 1
                                    

MATA Yara tak habis-habis meneliti gadis yang berdiri di hadapannya kini . Sedar pandangan isterinya itu melebih , Nurhan menyiku lengan Yara agar berhenti memandangkan orang sebegitu rupa .

Gadis berambut panjang itu sekadar mengukir senyuman . Gugup juga bila gadis itu merenungnya tidak senang . Macam baru sahaja buat satu jenayah besar .

" Yara , ni Irma Afia . Abang kenal dia pun sebab Qaid yang carikan . Dah berpengalaman bekerja jaga budak dah dua tahun . Kan ? "

" Betul Encik Nurhan . Pengalaman dua tahun tapi tahun lepas saya tak jaga budak atas sebab faktor kesihatan . Ini dah sihat bolehlah kerja balik " dia menguntum senyum penuh manis . Matanya tak lepas memandang Nazmeen di atas pangkuan Yara . Geram sahaja dibuatnya !

" Ouh... memang jaga sorang budak jelah ? Bukan jaga ramai-ramai macam kat taska tu ? "

" Saya memang jaga budak kat taska puan . Tapi boleh je kalau nak jaga sorang itu pun kalau puan dan encik nak la . Dari segi bayarannya... "

" Soal bayaran tak payah risau " sampuk laju Nurhan dengan ramah . Irma tersenyum malu . Yara segera bangun dari duduknya membawa sekali Nazmeen . Dia duduk di sisi Irma . Matanya merenung mata gadis yang mungkin muda sedikit darinya .

" Nazmeen ni tak macam budak lain . Dia lambat pick up . 10 bulan dah tapi belum ada rezeki nak dapat kaki . Kuat merengek , nak attention 24 hours , senang kata jaga dia ni bagi kami mama papa dia adalah satu cabaran la . Saya cakap awal-awal sebab nak tahu sejauh mana orang boleh jaga anak saya . Faham kan ? " tidak gadis itu mengangguk malah menggeleng . Terkedu Irma dibuatnya .

" To be honest , saya kurang yakin nak bagi anak saya ni dijaga oleh orang lain . Tapi disebabkan suami saya yang ambil awak , saya tak boleh nak kata apa " Yara menyerahkan Nazmeen kepada Irma . Nurhan sekadar membiarkan sahaja Yara melakukan apa yang isterinya itu mahu .

Yara memandang Irma dengan senyuman senget . Merenung mata sepet itu sebelum bahu Irma ditepuk lembut . Masa inilah jiwa psiko dia nak keluar .

" Kerja saya kalau awak nak tahu , seorang pegawai polis . Tangkap , pukul , tembak dah biasa bagi saya . Kalau ada apa-apa yang jadi pada anak saya , saya tak akan berdiam , Irma . Faham ? "

Irma mengangguk dan berkedip mata . Dia tersenyum kelat dan menelan liur perit . Tekaknya saat ini macam baru sahaja telan satu cawan pasir . Perit !

" Err Irma . Sorry kalau isteri saya ni macam... awak tahu kan ? Biasalah mak-mak overprotective anak . Kan sayang ? Duduk sini balik meh " ditepuk sofa empuk di sisinya pada Yara . Gadis itu merenung Irma sebagai tanda amaran . Amaran seorang ibu .

Tidak dia berkata apa , dia menghenyakkan punggung di sisi suaminya . Bahunya dirangkul sebelum diusap kecil . Mereka berdua melihat kemesraan Irma dan Nazmeen saat itu .

" Comel Nazmeen ni . Bila saya boleh mula jaga dia ? "

" Tomorrow " Irma mengangguk faham . Dia mengukirkan senyuman cuba menutup rasa gugupnya bila ditenung Yara sebegitu . Dengan Nurhan dia okay lagi .

Aduhai... dugaan betul !

──•~❉᯽❉~•──

Irma duduk di atas lantai sambil tangan menulis sesuatu di dalam buku . Semuanya tentang Nazmeen Yurfina . Apa yang boleh apa yang tidak boleh oleh budak kecil itu . Mulutnya termuncung-muncung sebelum dia mengeluh kecil .

" Belum jaga aku dah tension ni... Aduhai.... " dia mengurut pelipis dahi . Tangan menyelak-nyelak muka surat buku nota itu . Sehinggalah dia terhenti pada satu muka surat yang terselitnya satu gambar semasa dia kecil bersama abangnya .

HEMLOCK ✅Where stories live. Discover now