#CASE 18

788 65 0
                                    

KEDUANYA diam menyepi di dalam dunia masing-masing . Hanya bunyi corong radio yang memainkan lagu-lagu hit pada zaman kini sahaja kedengaran memecahkan sunyi di dalam Tesla hitam itu .

" Yara , awak lapar tak ? "

" Nope " sepatah sahaja dia berkata . Si gadis mengelus bulu Dory yang sedang duduk di dalam beg berkartunkan karakter minion itu setelah zip dibuka sedikit . Nak keluarkan takut pula bulu Dory merebak di dalam kereta mahal ini .

" Sure ? Sekarang dah pukul 3 petang tau . Kalau lapar kita cari makan dulu "

" Saya ni pernah dua hari la tak makan sebab buru penyangak dalam hutan . Its okay saya tak lapar " Yara membalas acuh tak acuh . Dia sebenarnya kalau boleh tak nak berlama-lama dalam kereta ini dengan Nurhan . Tak payah nak berhenti mana-mana tempat cari makan ke apa .
Dia nak cepat sampai kampung halamannya sahaja .

" Ouh really ? Ceritalah . Nak tahu juga skop kerja awak . Janganlah diam je temanlah saya drive "

" Kerja saya tak menarik . Tak payah beria nak tahu sangat " Nurhan menghela nafas kecil . Dingin sahaja sikap gadis itu dari tadi sejak mereka memulakan perjalanan tadi . Cubalah buang sikap ego dan baran tu sikit ?

Selang 7 minit , lebuh raya mula sesak dengan banyak kenderaan secara tiba-tiba . Yara mengeluh berat dan mendengus geram . Ini yang dia tak suka ni . Kenapa masa macam ni nak sesak pula ?

" Aish... kenapa jem ? " Nurhan menyandarkan badannya pada kerusi . Memang tiba lewatlah mereka jawabnya nanti . Lelaki itu menoleh memandang Yara dan Dory yang berada di dalam beg minta untuk keluar .

" Keluarkan la Dory tu . Biar dia bebas . Kesian dia dalam beg sempit macam tu "

" Bulu dia banyak tau . Berbulu kereta encik nanti "

" Saya tak kisahlah . Keluarkan dia " Yara menjeling lelaki itu menyampah sebelum membuka zip beg luas . Terus Dory melompat keluar dari dalam beg . Nurhan tertawa saat dia melihat kucing comel itu memakai lampin persis bayi dan melompat ke tempat duduk belakang .

" Comel . Dah lama ke bela dia ? "

" Setahun . Itu pun sebab jumpa " akhirnya Yara mengambil keputusan untuk berbual juga dengan Nurhan setelah bosan melanda dirinya . Ini masih di Melaka sudah sesak macam ni .

Nurhan mengangguk faham . Dia masih merenung jalan melihat kereta yang bergerak perlahan kerana sesak . Gula-gula hacks dikeluarkan satu sebelum masuk ke dalam mulut untuk menghilangkan rasa mengantuk . Sedar lelaki itu mula mengantuk , Yara rasa dia kena berbual lebih dengan Nurhan .

" Mana encik tahu saya nak balik Johor ? Hamba Allah mana yang baik sangat cakap ? "

" Ouh Kaysa . Tapi jangan nak marah dia pula . Awak ni kalau garang tu haih... jangan marah dia " Nurhan memesan pada gadis itu persis budak kecil yang perlu banyak kali untuk diingatkan .

Yara berdecit . Sudah dia agak gadis itu dalangnya ! Macam mana pula Kaysa boleh satu kepala dengan Nurhan ? Boleh tahan juga perempuan ini . Siap kau !

" Ouh chagiya . Don't call me encik please ? Just call me Nurhan . Jangan formal sangat sebab saya tak berapa suka . Bukannya umur kita jauh sangat pun "

" How old are you ? "

" Alhamdulillah , 28 years old this year " membulat mata Yara dibuatnya . What ? Lelaki ini nak masuk ke fasa umur 30 an dah ke ? Muka macam sebaya dengannya sahaja bila tengok .

" Kenapa muka tu ? Ada masalah ke kalau saya 28 sekalipun "

" Saya ingat kita sebaya " Nurhan tertawa dan tersenyum mendengar kenyataan itu . Dengan reaksi terkejut itu . Terlalu comel !

HEMLOCK ✅Where stories live. Discover now