#CASE 33

821 58 0
                                    

" ALAH tolonglah ! Qaid ! " Qaid berhenti melangkah . Dia memusingkan tubuh menghadap Yara yang tiba-tiba sahaja terpacak di hospital ini . Katanya nak jumpa Nurhan , tapi last minute lelaki itu ada meeting pula . Baru kahwin tapi suaminya dah sibuk nak kerja . Dia ? Diberikan cuti seminggu sebagai cuti kahwin dan cuti hadiah sebab membanteras kes Hemlock seminggu lalu .

Tangan yang tersilang ke dada diturunkan . Dia menghembus nafas perlahan merenung gadis yang merupakan isteri sahabatnya itu .

" You call me gay "

" Andaian saya je . Takkan awak nak terasa lagi ? Tolonglah... tak kesian ke kat kawan awak tu asyik terpaksa telan makanan tak sedap je ? " Qaid mengetap bibir memandang Yara . Inspektor polis ini boleh tahan juga sikapnya selepas bergelar seorang isteri Nurhan Waail .

Dia terserempak dengan Yara saat keluar dari perut lift . Bila gadis itu melihatnya , terus Yara meluru ke arahnya dan mengatakan hasrat agar mengajarnya memasak . Amboi...

" Awak je tahu selera Nurhan . Dia ada cakap awak selalu masak untuk dia . Please ? Ajar saya masak " dengan harapan dia berharap agar lelaki itu sukarela untuk membantunya . Dia dah belajar dari encik google pun tak berguna ! Baik dia belajar bersama chef yang amatur kan ?

" Fine . Jom ikut saya pergi cafe . Kat sana je ada dapur "

" Cafe ? "

" Jangan banyak bunyilah . Ikut je ! " Qaid membawa langkah menuju ke pintu utama hospital . Yara sekadar mengekori Qaid .

Mereka berjalan ke arah kereta masing-masing . Qaid menuju ke Lamborghini miliknya dan Yara menuju ke kereta Porshe miliknya . Dia memandu membuntuti kereta Qaid .

──•~❉᯽❉~•──

Masuk sahaja ke dalam Rosebud Cafe , mata-mata staf semua tertala pada Qaid . Mereka mengukirkan senyuman pada lelaki segak itu yang berjalan membawa langkah ke dapur . Yara sekadar mengekori .

Pintu dibuka luas . Pekerja yang bekerja di bahagian dapur agak terkejut melihat Qaid yang berada bersama seorang gadis . Kecut perutnya saat mata Qaid menikam semua yang ada di situ . Yelah , mana tak marah kalau Qaid lihat semua bersantai minum kopi dan tak buat kerja langsung .

" Buat party ke ? "

" T.. tak bos ! Sorry bos ! " tergagap seorang lelaki yang berada di situ . Mereka tertanya siapakah gadis yang bersama Qaid saat ini .

" Bos ? Girlfriend bos ke ? " seorang gadis yang wajahnya seperti baru 20 an bertanya . Qaid masuk ke dalam dapur mengambil apron untuknya dan untuk Yara .

" Nurhan wife . Tak ingat ke ? " rasanya semua staf hadir di majlis perkahwinan Nurhan . Takkan dah lupa kot ? Semua di situ terkejut . Patutlah rasa macam familiar !

" Ouh Puan Yara kan ? Hai puan " gadis yang kedua itu menyapa ceria . Yara sekadar melemparkan senyuman . Qaid memandang ketiga-tiga orang pekerja yang berada di bahagian dapur ini satu persatu .

" Yara ni datang sebab nak belajar masak . Korang sediakan bahan... awak nak masak apa ? " Qaid memandang gadis itu . Yara tidak menjawab malah dia berfikir . Dia nak masak apa ? Aduh ! Tak tahu !

" Ouh ya... bahan nak masak kari ayam . Pergi keluarkan dan bawa ke sini " mereka bertiga mengangguk dan terus bertindak mengikut arahan . Qaid menyinsing lengannya ke siku .

" Saya cakap , awak masak ikut arahan saya . I still mad at you because you call me gay , Yara "

" Qaid . Saya dah minta maaf kan ? Awak ni... " aduhai , jenis cepat terasa betul lelaki ini . Tapi memang betul pun . Kalau orang lain pun akan fikir benda yang sama .

Qaid membuat muka malas mahu melayan gadis itu . Telefonnya berdering menandakan panggilan masuk . Tertera nama Nurhan , dia menunjuk skrin pada gadis itu .

HEMLOCK ✅Where stories live. Discover now