#CASE 15

925 62 0
                                    

DIA memandang satu-satu wajah di hadapannya . Jari jemarinya mengetuk permukaan meja sebelum menarik kerusi rapat ke hadapan .

" Kenapa tak cakap Anne tu girlfriend Yaqhzan ? "

" Aku ingat kau dah tahu " Akim memandang gadis itu . Dia menjeling seketika Kaysa memberi isyarat kenapa Yara hari ini ? Gadis itu menggeleng tanda tidak tahu . Serabut semacam !

" Argh ! Benci betullah ! " terhinjut bahu Akim dan Kaysa bila Yara menjerit kuat . Dah kenapa gadis seorang ini nak mengamuk tak tentu pasal pula ?

Mana taknya mengamuk ? Hidup bakal diganggu oleh lelaki yang tak habis-habis nak mendapatkan cintanya . Dah sah-sah Yara tak akan balas nak juga Nurhan tu tak berputus asa . Apa ada pada dirinya ini sehinggakan lelaki duda itu ada hati padanya ?

" Spill the tea la . Kau kenapa nak mengamuk sangat ni ? Kalau Tuan Jad tahu kau mengamuk macam ni kat office dia mahu habis kita semua kau tau tak ? " Akim sedikit marah memandang rakannya itu . Datang bulan ke sampai macam tu sekali marahnya ?

" Eish ! Tak ada benda la ! " Yara bangun dan beredar pergi dengan hati yang panas . Dia nak cerita ? Sah-sah dia akan dibahan oleh Akim dan Kaysa .

Akim dan Kaysa menggeleng kecil melihat perilaku Yara itu .
Dah tunjuk protes lepastu suruh cerita tak nak . Inilah perempuan...

──•~❉᯽❉~•──

Nurhan memutarkan pen di jari jemarinya sambil termenung jauh . Senyuman dibibir terus melekang tatkala sesuatu yang menarik bermain di fikirannya .

Dari tadi sahaja dia memikirkan Yara , Yara dan Yara ! Ini ke dinamakan angau ?

Qaid menguak pintu bilik Nurhan dan mengintai sedikit ke dalam . Dia berkerut kecil melihat lelaki itu yang termenung jauh sambil tersenyum-senyum . Lelaki itu melangkah masuk ke dalam menuju ke meja itu .

Dia dihadapan Nurhan pun lelaki itu masih termenung jauh . Apalah yang bermain di dalam kepala sahabatnya itu ? Terus Qaid mengetuk kuat meja itu dengan fail yang berada di tangannya . Terhinjut bahu Nurhan ketika itu .

" Eish ! Apa kau ni ? Kenapa masuk tak ketuk dulu pintu ? " Nurhan mengurut batang hidungnya untuk menghilangkan rasa malunya tadi . Pasti Qaid dah lihat apa yang dia lakukan tadi .

" Kau kata aku tak ketuk ? Nak roboh dah tau pintu tu aku ketuk . Kau berangan apa dude ? Tersenyum-senyum aku tengok ! " Nurhan menarik nafas dan dihembus . Dia masih dengan senyumannya . Mana boleh dia lupa kejadian tadi .

" Qaid "

" Hm ? " Nurhan mula malu-malu dan masih tersenyum . Serupa mak nyah bila Qaid melihatnya . Ya Allah boleh tak nak pukul ?

" Aku dah dapat nombor Yara "

" Really ? Dia bagi kau ? "

" Aish nope ! Aku buka fail maklumat pesakit dia " Nurhan memuncung kesal . Tak romantik dapatkan nombor buah hati dengan cara stalk . Itu bermakna operasi mahu memikat hati Cik Inspektor Yara Hanina itu masih lagi panjang .

" Dia marah aku dude . Apa aku nak buat ni ? "

" Give her some present ? Bagilah apa yang dia suka . Dude , sekeras manapun hati perempuan tapi bila dapat hadiah lembut hatinya tau . Effort la jadi lelaki bro ! "

" Tapi bukan pada Yara . Hati batu dia tu . Dia tu asal tengok muka beriman aku ni mesti naik menyampah dia kat aku " Nurhan sudah naik pening mahu memikat macam mana lagi hati kecil gadis itu . Kalau jumpanya gadis itu naik angin . Macam mana ?

" Silap kau la . Nak sangat tackle hati Cik Inspektor kan ? Haa hadaplah ! " Qaid tergelak sinis . Dia nak tengok sejauh mana sahabatnya itu mampu bertahan dalam usaha untuk mendapatkan hati gadis yang bekerjaya sebagai Inspektor polis .

HEMLOCK ✅Where stories live. Discover now