#CASE 07

979 87 1
                                    

LOCENG pagar ditekan dan terbuka . Mereka berdua melangkah masuk ke dalam menuju ke pintu utama . Nurhan mengukir senyuman kepada Kaysa dan Tina yang muncul di muka pintu .

" Asalamualaikum Encik Nurhan , kami datang nak buat siasatan . Ni waran geledah kami " Kaysa menunjukkan kertas kebenaran waran geledah tersebut . Selepas mendapatkan kebenaran , terus kedua mereka melangkag masuk ke dalam . Nurhan membuntuti langkah mereka untuk menunjukkan setiap bilik .

" Bilik saya kat atas . Bolehlah naik " Kaysa mengangguk dan terus naik ke tingkat atas . Nurhan memberikan mereka masa untuk membuat kerja . Bahunya ditampar perlahan oleh Layra yang berjalan daripada dapur .

" You suka-suka je kan bagi orang luar masuk rumah kita . Apa you ni ? "

" Diorang ada hak . Ada kebenaran waran geledah lagi . Lagipun you dalam siasatan diorang . I dah tau semua tau pasal you dengan Deena . Baru I faham kenapa you tak datang time hari pengebumian dia "

Layra mengguling mata malas mahu mendengar bebelan suaminya . Dia menghirup air kosong yang berada di tangannya sambil memandang ke arah lain .

" Kalau I tahu you ada terlibat dalam kes pembunuhan dia , hidup you tak aman Layra Auren . Marks my words ! " dia berdecit marah sambil menolak jari telunjuk Nurhan yang menuding ke arahnya .

Malas dia mahu melayan , dia mengambil tempat di sofa . Nurhan menggeleng perlahan dengan sikap isterinya itu . Macam-macam hal !

" After diorang dah balik , you pergi bersiap . Kita kena pergi mahkamah ! " Nurhan melangkah ke tingkat atas meninggalkan Layra yang sedang marah .

" You ! Eish ! "

──•~❉᯽❉~•──

Air yang berada di dalam gelasnya disedut perlahan . Rasa lega dapat membasahkan tekak yang kering . Dia memandang Yaqhzan yang duduk di hadapannya sambil mengunyah ayam yang dipesannya tadi .

" So kira aku bukan suspek la kan ? "

" Hm . Lepas dah geledah rumah kau , tak ada satu bukti pun yang boleh katakan kau dalang pembunuhan " Yara memberikan penerangan . Yaqhzan tersenyum lega mendengar kata-kata Yara itu .

" Tapi , perfume hemlock tu . How ada dalam locker aku ? You know what ? Aku baru kerja kat True Talent Agency tu , awal-awal dicemuh kau tau " dia masih tidak berpuas hati dengan semua ini . Kenapa semua ini terjadi padanya ? Dia mencari rezeki sahaja .

" That means , maybe ada staff True Talent tu yang suspek sebenarnya . Kitaorang tak ada dedahkan tentang hemlock pada orang luar lagi masa kau kena tahan "

Yara mengeluh . Matanya ditenung lama Yaqhzan . Dia membalas pandangan itu . Lama kelamaan bibirnya terukir senyum kerana malu dirinya ditenung sebegitu .

" Dah apahal tenung aku macam tu ? "

" Tenung crush . Tak salah pun kan ? " Yara menghambur gelak sinis .  Yaqhzan memuncung geram bila dirinya digelakkan gadis itu . Rasa nak pukul pun ada .

" Aku dah reject kau . Tak payah nak crush kat aku bagai . Sila berambus ! "

" Dasar perempuan tak bersyukur ! Kau kena bersyukur tau sebab ada yang suka kau . Orang lain ? Ada ? Tak ada Yara Hanina ! Mak aku suka tau kalau kau jadi menantu dia " Yaqhzan menjeling gadis yang merangkap rakan baiknya dari sekolah menengah lagi .

Dulu dia agak kecewa kerana cintanya ditolak gadis itu . Atas alasan , Yara sekadar menganggapnya sebagai seorang kawan dan tidak lebih daripada itu.

" Sorry la Yaqhzan , kita kawan je eh ? Lagipun aku tak rasa nak kahwin . Kau tu , carilah orang lain . Mak kau nak menantu en ? "

HEMLOCK ✅Where stories live. Discover now