#CASE 24

819 66 1
                                    

YARA menyuap nasi berlauk sup ayam serta telur goreng ke dalam mulut Yaqhzan . Lelaki itu berkerut memandang gadis itu sambil mengunyah nasi yang penuh di dalam mulutnya .

" Kau wo unag oya-- "

" Kau nak cakap tu boleh tak kunyah sampai habis dulu ? Menyembur ! " Yara membuat gaya cuba menghilangkan sesuatu di wajahnya . Padahal tiada pun nasi menyembur ke apa .

Yaqhzan menelan makanannya masuk melalui kerongkong dan terus ke perut . Dia meneguk secawan air masak dan diletakkan di atas meja di tepi katil .

" Kau tu tunang orang . Kalau tunang kau nampak kau suap aku makan , tak terbakar hospital ni ? Dah la datang sini pakai uniform lengkap . Nanti orang ingat aku penyangak kau tau ? "

" Dia nak bakar hospital ni ? Ni hospital dia keyh haa bakarlah kalau dia berani . Alah ! Tak ada apalah ! Nurhan okay " Yara mengaul nasi sebelum dia menyuap lagi Yaqhzan . Lelaki itu sekadar membuka mulut sahaja .

" Masa aku bangun dari koma , kau pun buat macam ni kat aku . Ni kira fair and square la . Aku bayar balik sebab kau jaga aku koma dulu "

" Kau kawan aku gila . Aku kenalah kisah pasal kau ! Kau tak boleh eh tunggu aku bangun koma lepastu tanya aku dulu kau boleh ke tidak nak bertunang dengan Nurhan . Siapa bagi izin kau nak tunang sesuka hati tanpa minta permision aku ? "

Yara memandang malas lelaki itu . Dijeling Yaqhzan sebelum nasi yang berada di dalam mangkuk tu pula dia masuk ke dalam mulut sendiri . Sedap juga nasi ni .

" Wajib ke nak minta permision kau kalau aku nak tunang or kahwin sekalipun ? "

" Wajib ! Kena isi borang permohonan dulu . Dia nak kau kenalah hadap aku dulu . Tapi tulah kesian kat Nurhan nanti kahwin dengan orang macam kau . Seakan bala dapatnya ! Adoi ! " laju tangan Yara memukul kuat lengan Yaqhzan . Lelaki itu meringis sakit mengusap lengannya yang kebas dek pukulan kuat Yara tadi . Itu tangan ke besi ?

" Haa padanlah muka ! Tak padan baru bangun dari koma ! "
Yaqhzan mengangkat bibir sebelah kiri menyampah sebelum menjeling Yara . Eloklah perangai dua-dua sama sahaja !

" Tapi aku legalah kau nak kahwin . Ada orang jaga kau . Apa kata kan kita kahwin sama-sama nak ? Aku kahwin dengan Anne kau kahwin dengan Nurhan . Bila korang nak buat majlis ? "

" Kepala otak kau nak kahwin sama-sama . Banyak cantik nak share pelamin ! "

" Kau ni perempuan kedekut betul la Yara ! "

" Kedekut tak kedekut ! Aku yang nak kahwin kau yang sibuk dah kenapa ? " Yara membebel kecil . Yaqhzan bersandar pada katilnya . Dia sudah kenyang kerana sibuk disuap Yara sahaja tanpa henti .

Dia memandang gadis itu yang berdiri dan bergerak menuju ke tandas di dalam bilik itu untuk membasuh bekas makanan dan sudu . Pintu bilik air itu dibiarkan terbuka .

" Yara , nanti kau kahwin kau make baby comel-comel untuk aku tau . Aku guarantee boleh jadi uncle yang baik untuk anak kau . Kau jangan risau , kau dengan Nurhan kerja je aku jaga anak korang . Aku ambil diorang balik dari sekolah , aku bawa pergi makan , bawa pergi taman , tidurkan diorang , semualah ! Kau jangan risau keyh ? "

Yara menghambur tawa kuat . Dia keluar dari kamar mandi itu sambil mengoyangkan bekas makanan untuk mengeluarkan sisa air yang ada . Disimpan bekas itu ke dalam beg semula . Wajah lelaki itu yang ceria entah kenapa dipandang .

" Kau nak jadi babysitter ke ? Eh hello ! Kalau anak aku dengan kau , perangai tak elok nanti jadinya sebab ikut perangai lembu kau tu . Aku tak nak perangai anak aku menyetan macam kau... "

" Kau kasar eh perempuan ? Kau pun dua kali lima je dengan aku ! Tak payah nak cakap lebih ! " Yara tidak henti ketawa . Dia mengambil ubat Yaqhzan beserta air untuk diberikan pada lelaki itu supaya ditelannya .

HEMLOCK ✅Место, где живут истории. Откройте их для себя