#CASE 17

842 63 2
                                    

DIA hadir ke balai agak sedikit lewat bila mana dia dapat laporan yang Yaqhzan menunjukkan tindakan positif pagi tadi . Dia berharap lelaki itu sedar secepat mungkin .

" Cik Yara " baru sahaja dia mahu membuka pintu biliknya , Joshua menyapa dari arah belakang . Dia memandang lelaki itu hairan tatkala wajah itu seakan ada sesuatu sahaja .

" Hm ? "

" Err Tuan Jad . Tuan panggil Cik Yara suruh jumpa dia " Yara memandang pintu bilik Tuan Jad yang berhadapan dengan biliknya . Terus dia bergerak ke bilik tersebut . Pintu diketuk tiga kali .

Bila dapat sahaja kebenaran untuk masuk , dia terus sahaja masuk ke dalam . Yara memandang wajah serius Tuan Jad yang sibuk menurunkan tanda tangan di atas satu kertas . Dia memandang Yara yang berdiri kaku .

" Kau tahu kenapa aku panggil kau ? " dia bersandar pada kerusi merenung wajah Yara yang beku itu .  Gadis itu tidak mengangguk tidak menggeleng .

" Ini surat saman daripada keluarga Deena . Kau boleh balik . Atasan dah keluarkan surat gantung kerja dua minggu untuk kau atas sebab langgar etika sebagai pegawai polis . Senang cerita kau ni no manners . Dua minggu pergi ubah perangai kau " ditolak kertas yang ditanda tangan oleh lelaki itu tadi . Yara berdecit dan tertawa sinis . Tak sangka dia boleh digantung angkara sebab nak perbetulkan apa yang salah ?

" Tuan nak terus tutup kes ni ? Ikut apa diorang cakap ? "

" Kalau dah keluarga diorang suruh tutup , kita tutup . Tak payah nak panjangkan hal . Kau betulkan balik perangai kau , cari ketenangan kau sana " Yara mengetap bibir dan mengangguk faham . Kertas di atas meja itu diambil dan dilihat butirannya .

" Tuan , sepanjang saya tak ada tolonglah fikir baik-baik . Jangan tutup kes ni . Saya yakin ada benda jadi . Tuan tak dengar cakap saya , silap besar tuan ! Silap besar ! " Yara terus beredar keluar dari bilik itu dan menghempas pintu tersebut .

Dia merenyuk kertas itu geram dan dibaling ke dalam tong sampah . Perbuatannya itu disedari kesemua rakan sepasukannya yang lain .

" Yara " dia memandang kesemua rakan-rakannya satu persatu . Baik Akim , Kaysa , Joshua dan Tina . Dia tiada pilihan lain untuk diharapkan selain mereka .

" Siapa setuju kes ni ditutup , bla ! Aku nak cakap sikit pasal kes ni . Aku nak kes ni berjalan secara senyap " tiada seorang pun yang bertindak meninggalkan tempat itu . Yara agak lega kesemua mereka setuju kes ini masih dibuka .

" Apa plan ? " Akim mula membuka bicara . Yara tersenyum kecil kepada lelaki itu . Mereka semua mula membuat bulatan kecil dan berbisik perlahan . Risau jika Tuan Jad atau pembantu lelaki itu dengar .

" Aku nak kita cari maklumat pasal Deena lebih lanjut . Tak kisahlah apa pun . Lepastu jumpa PA dia yang katanya ada kat oversea tu . Haa also account bank Deena or segala harta Deena . Aku nak tahu duit dalam bank dia macam mana "

" Kalau atasan tahu kita buat benda ni macam mana ? " Tina mula ragu-ragu . Risau jika dia buat kerja ini , kerjanya terjejas .

" Sebab tu kita kena kumpul bukti dan tunjuk pada Tuan Jad . Cari reason kenapa tiba-tiba Encik Hairudin dan Puan Dania nak kes ni ditutup tiba-tiba . Aku rasa diorang something sangat " mereka semua mengangguk faham .

" Habis kau ? "

" Aku nak balik kampung for two weeks . Atasan suruh . Korang buat kerja korang keyh ? Nanti kita share maklumat sama-sama " Yara tersenyum pahit . Kaysa dan Tina agak simpati dengan nasib Yara . Gadis itu tak ada salah pun . Terus dipeluk tubuh Yara .

──•~❉᯽❉~•──

Wajah Yaqhzan ditenung lama . Dia tersenyum kecil bila melihat wajah itu sudah tidak lagi memakai tiub pernafasan . Yaqhzan boleh bernafas secara normal sekarang . Tinggal tunggu masa dia akan sedar sahaja .

HEMLOCK ✅Where stories live. Discover now