#CASE 44

743 47 3
                                    

TERKEDU Yara memandang kesemua yang ada di situ . Masing-masing seakan pucat sahaja wajahnya tidak berdarah . Apa yang dikatakan Joshua membuatkan mereka mati kata .

" H... hemlock ? " Joshua dan Tina mengangguk lemah . Ye ,  kes ini pernah hangat suatu ketika dahulu dan ini terjadi sekali lagi setelah sekian lama kes ditutup .

" Result darah dah kami dapat . Hundred percent , hemlock dalam darah mangsa " satu kertas keputusan darah ditolak ke tengah-tengah meja .

" That why otak mangsa tak berfungsi "

" Kenapa tiba-tiba bangkit balik kes ni ? Irfan dah meninggal . Apa lagi pula sekarang ? " Akim memandang semua yang ada di situ .

Ye , Irfan sudah meninggal dunia kerana dikenakan hukuman gantung sampai mati dengan kesalahan berat yang dilakukan lelaki itu . Terusan sahaja kes ini ditutup dahulu . Segala rahsia sudah dirungkaikan .

" Rumah transit kanak-kanak ni baru je ditubuhkan . Banyak sambutan and ye ramai parents hantar budak kat situ . Dah berjalan lima bulan macam tu and tiba-tiba wujud kes kat sana "

" Ouh ya Cik Kaysa , ini ada masuk report baru tau . Ada kes anak hilang lepas sekolah . Ada dua report cumanya team kita setakat handle kes mangsa hemlock ni . Kes yang ini hantar ke team lain untuk buat " Tina menyatakan butiran .

" Tapi , boleh jadi ini ada kaitan . Korang tengok ye ? Kes hilang kanak-kanak bangkit balik awal april haritu and majority semua negeri ada " Yara menolak tablet miliknya ke tengah-tengah meja . Jadual kes terkini yang tiba-tiba melonjak naik di setiap negeri dipandang semua .

" Yang hairannya , mana datang hemlock ni lagi ? Kita dah rampas and lupuskan semua kan ? "

" Ada yang mewarisi... " semua mata fokus pada Tina yang sedari tadi diam . Dia mengedip matanya dan terus memandang kesemua yang ada di situ .

" Maknanya ? "

" Kita memang dah rampas semua racun tu dekat rumah arwah Irfan . Tapi saya rasa tak semua . Ada lagi sebenarnya . Bukan pada tangan arwah , tapi pada tangan orang lain " Tina memberikan spekulasinya . Masing-masing berfikir . Tak mustahil kan ?

" Okey nampaknya kita tak akan rileks macam sebelum ni . Jom pergi bilik meeting ? Kita bincang kat sana sekali dengan Tuan Jad " Akim memberikan arahan . Mereka semua mengangguk dan terus bangun serentak untuk pergi ke bilik mesyuarat .

──•~❉᯽❉~•──

Matanya mencerlung tajam mata Nazmeen yang tidak henti-henti mahu menangis . Rambutnya kusut dan menahan geram . Cuba bersabar jikalau tidak nyawa si kecil ini akan melayang .

Terlalu awal untuk dia berbuat perkara di luar jangkaan pada Nazmeen . Dia perlu meraih kepercayaan mama dan papa budak kecil ini .

" Diamlah ! Kau ni nak kena pukul ke ?! " dia mengenggam lengan kecil itu kasar . Dipukul punggung itu yang memakai lampin bayi .

Nazmeen makin galak menangis . Irma menarik dan menghembus nafas . Penumbuk digenggam sambil merenung tajam budak kecil itu .

" Kau jangan sampai... awal aku buat mak kau menangis nanti budak ! Aku tahu kelemahan dia apa . Kaulah apa lagi ! "

Ding ! Dong !

Irma menoleh ke arah pintu dengan nafas naik turun menahan marah . Segera dia melihat jam di dinding dan membawa kaki melangkah ke arah pintu .

Pintu dikuak dan dia mengukirkan senyuman . Seorang wanita dan seorang lelaki diarahkan masuk dan berdiri di hadapan pintu . Beg yang diletakkan di atas kerusi itu diambil dan diserahkan . 

HEMLOCK ✅Where stories live. Discover now