#CASE 10

1K 78 0
                                    

TINA mula mencari dimana-mana tempat sebotol racun yang dikatakan Layra di kawasan penanaman pokok dan bunga di kawasan True Talent Agency itu . Dia turut bersama Joshua mencari .

Mata Joshua terpandangkan sesuatu . Dia terus memanggil Tina . Gadis itu memandang ke arah tempat yang sama Joshua pandang .

" Kenapa ? "

" Kau tengok pokok bunga orkid kat sana . Antara banyak-banyak tu , dua pokok situ je yang mati right ? " Tina mengangguk setuju dengan kening berkerut . Mereka berdua berjalan ke arah deretan pokok bunga orkid itu . Dengan sarung tangan yang siap sedia dipakai , mereka berdua mencari di kawasan itu .

Mata Tina terpandang pada serpihan kaca yang pecah di atas tanah itu .  Terus dia mengutip satu persatu dan diletakkan di dalam plastik .

" Aku rasa Layra baling botol tu sampai pecah ke sini . And then , racun pokok tu tersebar ke tanah sampaikan dua pokok ni mati "

" Jadi apa yang dia cakap tu betullah... " Joshua berkata perlahan . Dia memandang seketika Tina . Gadis itu mengangguk dengan kata-kata Joshua tadi .

" Ye , aku rasa Layra tak tipu . Deena mati sebab hemlock dan bukannya racun pokok . Aku rasa dah boleh lapor pada Tuan Jad keluarkan surat kebenaran bebas Layra . Kita dah ada bukti " digoyangkan plastik serpihan kaca itu pada Joshua . Lelaki itu mengangguk faham dan menangkap gambar pokok orkid yang mati itu menggunakan kamera DSLR miliknya .

Mereka berdua terus beredar untuk pulang semula ke balai HQ . Saat mereka beredar , diri mereka diperhatikan oleh seseorang dari sebalik tembok .

──•~❉᯽❉~•──

Nurhan yang mengenakan songkok hitam bersama Layra yang berbaju kurung hitam beserta selendang itu berdiri di hadapan hakim yang menguruskan kes penceraian mereka . Diri mereka dilihat oleh Yara dan Kaysa . Turut juga ada bonda dan nenda Nurhan .

" Nurhan , fikir baik-baik... Takkan nak ceraikan Layra ? " Bonda Wafa bersuara dengan nada marah pada Nurhan . Anaknya itu memandang dari ekor mata sebelum memandang ke hadapan semula .

" Encik Nurhan , kalau dah fikir habis-habis bolehlah laf-- "

" No ! You ! Takkan tergamak you nak ceraikan I ?! " Layra menjerit pada suaminya itu yang masih berwajah tenang . Dia tersenyum senget pada Layra . 

" I ada reason kukuh , Layra Auren " Nurhan membaca basmallah perlahan memandang Layra yang sudah bergelinang air mata .

" Layra Auren binti Dato' Mustafa... aku ceraikan kau dengan talak satu " Layra mengemam bibir yang bergetar . Dia terduduk di kerusi . Bunyi ketukan tukul hakim berbunyi .

" Kini , Nurhan Waail binti Naim dan Layra Auren binti Dato' Mustafa sah bercerai di hadapan mahkamah . Kami berharap hubungan antara dua pihak dalam keadaan baik selepas bercerai " hakim mengetuk lagi tukul tersebut untuk penyudah mahkamah . Kesemuanya bersurai saat itu .

Nurhan memusing tubuh memandang Yara yang duduk bersandar sambil menyilang tangan ke dada . Mata mereka bertemu dan dia mengukirkan senyuman pada gadis itu sebelum keluar beredar .

Yara bangun berjalan ke arah Layra yang menghambur tangis . Dia memegang lengan gadis itu agar berdiri . Seakan sudah longlai tubuh itu selepas bercerai .

" Layra... jangan buang masa aku . Jom " lengan itu disatukan dengan lengannya oleh lengan Yara dan Kaysa di kiri dan kanan sebagai kunci sebelum diseret tubuh itu untuk keluar .

Saat dia dan Akim keluar dari pintu utama , kelihatan Nurhan sedang dimarahi oleh bondanya . Neneknya pula sedang duduk di kerusi mendengar anaknya memarahi cucunya .

HEMLOCK ✅Where stories live. Discover now