#CASE 29

801 60 1
                                    

ANNE melangkah masuk ke dalam rumahnya usai semalaman membuat kerja di pejabat . Usai pintu ditutup , badannya kaku saat ada sesuatu yang diacu dibahagian belakang badannya .

" Selangkah kau gerak , aku tembak kau " tangan itu mula menggigil takut . Dapat dia dengar pemilik suara itu . Orang yang sangat dia kenali .

Tubuh Anne ditarik paksa dan dihempaskan ke dinding . Dikunci pergerakan itu . Mata Anne tajam menikam mata Irfan yang saat ini tersengih psiko padanya .

" Tak puas kau bunuh Yaqhzan , kau nak bunuh aku pula ke ? "

" Kau dengan Detektif Yara . Dua-dua aku akan bunuh . Aku tahu kau yang report aku minum tequilla pada dia kan ? Menyusahkan ! " dinding ditepuk kuat betul-betul di sebelah telinga gadis itu . Anne memejam mata rapat kerana terkejut dan takut . Dapat dia rasakan hembusan nafas Irfan menerpa ke wajahnya .

" Tak usah la tinggal kat bumi ni . Meh aku hantar korang berdua pergi syurga awal " peluh renik mula muncul di dahi saat Irfan menghalakan muncung pistol di dahinya tepat . Lelaki itu terseringai ketawa sebelum pandangan dendam dipamerkan pada gadis itu .

──•~❉᯽❉~•──

Mata Yara bertembung pandang mata Puan Diana yang saat itu memang tidak berpuas hati padanya . Yara sekadar memandang basa basi sahaja sebelum mengambil tempat duduk di samping Tina .

Kes mahkamah pecah amanah kedua ibu bapa arwah Deena , peguam peribadinya serta Sabby pembantu peribadi arwah akan diusulkan pada hari ini secara berperingkat .

" Sebelum ni Puan Diana tak mengaku bersalah . Encik Hairudin senyap je " Tina memberitahu Yara memandangkan gadis itu tidak ada semasa kes ini diusulkan kerana faktot kesihatan .

Yara berdecit . Tangan disilang ke dada memandang mahkamah yang sedang bermula . Sudah salah tidak mengaku ? Memang tak malu ke apa ?

" Apa lagi nak cakap diri tak salah ? Dia rembat semua harta anak sendiri sedangkan harta itu sepatutnya di tangan hak yang patut menerima . Bukannya arwah tak ada bagikan pada mak ayah dia harta dia tu . Aku tak faham , suami dia cukup kaya apa lagi dia nak ? Tamak betul "

" Itulah masalahnya . Sabby pun sama tak mengaku bersalah tapi lepas dengar audio suara dia mengaku pada Encik Jawhar , terus senyap dia " Yara menggeleng kecil . Entah nak jadi apa pada dunia ini .

Usai perbicaraan , Yara berjumpa dengan Encik Hairudin serta Puan Dania . Wanita itu memandangnya sinis . Masih tidak berpuas hati pada Yara .

" Kenapa kau tak kena buang kerja terus ? "

" Aik ? Buat apa saya nak kena buang pula puan ? Apa yang saya cakap semuanya betul . Menegakkan keadilan itu tugas saya . Tak ada sebab la saya patut dibuang "

Yara dengan tenang menjawab . Dia tahu wanita itu sakit hati padanya tapi biarlah . Sekurangnya dia tak ada masalah atau hutang pada Puan Dania .

" Saya hanya jalankan tugas saya . Apa yang encik dan puan dah buat ni tetap salah . Encik dan puan sudah merasuah lawyer anak encik dan puan sendiri hanya semata-mata tak nak semua harta wasiat yang sepatutnya milik rumah Anak Yatim Darul Najjah ambil . Bukannya arwah tak tinggalkan sebahagian harta pada encik dan puan . Lepastu encik dan puan berkomplot sama dengan Sabby . Kenapa perlu tamak ? "

Termalu sendiri Encik Hairudin mendengar bebelan Yara itu . Dia menghembus nafas kecil sebelum memandang wajah gadis yang lengkap dengan uniform polisnya itu .

" Saya nak minta maaf pada Cik Yara tentang sikap isteri saya . Saya yang salah sebab ikutkan sahaja apa yang dia minta "

" You ! " Puan Dania memandang suaminya tidak berpuas hati .  Dia sempat memukul lengan Encik Hairudin geram .

HEMLOCK ✅Where stories live. Discover now