#CASE 48

1K 53 0
                                    

TIGA BULAN KEMUDIAN...

Yara memimpin tangan Nazmeen yang mula terkedek-kedek melangkah . Hatinya tercuit bila langkah Nazmeen mula laju semakin hari .

" Ya Allah sayang , slow-slow . Jatuh nanti macam mana ? "

" Nak papa... nak papa ! " petah mulut itu berbicara sambil tangan kecilnya menunjuk-nunjuk Nurhan yang berjalan agak sedikit jauh dari mereka . Dengar sahaja anaknya memanggil , Nurhan menoleh dan berjalan sambil berundur untuk memerhatikan tuan puteri kecilnya .

" Kalau nak papa , kejar papa meh ! "

" Abang slow la sikit . Dia jalan pun tak berapa betul sangat " Yara memarahi suaminya . Ingat dia sekarang ni tengah berlumba dengan isteri ke ? Hello ! Ada anak kat sini .

" Lepaskan tangan dia . Biar dia berjalan sendiri " Yara melepaskan tangan anaknya . Dibiarkan Nazmeen berjalan menuju ke arah Nurhan yang jauhnya 10 langkah dewasa .

Yara menyilangkan tangan ke dada melihat anaknya yang mula melangkah ke arah suaminya itu . Wajah sudah pasti pamer risau . Risau Nazmeen akan jatuh pula nanti .

" Cepat sayang ! " Nurhan memberikan kata-kata semangat .  Makin bersemangat Nazmeen melangkah dan dia terjatuh . Yara yang terkejut mahu terus meluru ke arah anaknya ditegah Nurhan .

" Biar dia bangun sendiri " mereka berdua memerhati sahaja Nazmeen yang cuba untuk berdiri . Sejak masuk umur setahun sebulan ini , kurang sedikit Nazmeen menangis disebabkan terjatuh . 

Mereka menunggu si kecil itu berdiri dan menyambung langkah kecilnya untuk ke arah Nurhan . Makin lebar senyuman suaminya bila Nazmeen berjaya memeluk tubuhnya .

" Yeay ! Pandainya dia ! " Yara menghembus nafas lega . Terus dia berjalan mendapatkan anak dan suaminya . Botol air berstraw dibuka dan dihulur muncung straw itu pada Nazmeen . Cepat sahaja si kecil menyedutnya .

" Baguslah dia . Anak siapa yang pandai ni ? " Yara mencubit geram pipi gebu anaknya itu yang sudah didukung Nurhan . Manja sahaja anak perempuannya bila ada suaminya .

Macam biasalah , takhta dia yang dulunya menjadi perempuan paling suaminya sayang sudah dirampas oleh anaknya .

" Anak papa ! "

" Amboi... papa je ? Mama ? "

" Anak mama ! " laju si kecil menjawab sebelum tangannya menunjuk Yara . Yara mula naik geram dengan kecomelan anaknya lantas menjingkit mengucup lagi pipi itu .

Nurhan mengapai tangan isterinya dan digenggam kemas . Mereka berdua berjalan menyusuri susur jalan taman itu .

Pada waktu pagi sebegini elok mengambil angin bersama keluarga . Nak pula Yara sedang bercuti . Nurhan pula mengambil cuti untuk beberap hari .

Yelah , dia bos . Bila-bila sahaja dia boleh cuti .

──•~❉᯽❉~•──

Yara menutup pili air usai selesai mencuci pinggan mangkuk . Tangan dikeringkan sahaja pada kain yang tersedia di ruangan dapur itu .

Dia membawa langkah ke ruang tamu dengan menatang dulang air sirap sejuk . Diletakkan di atas meja dan itu menarik perhatian golongan makcik-makcik yang sibuk membuat gubahan hantaran .

" Alahai kamu ni Yara... umi dah kata tak payah buat air . Susahkan Yara je "

" Tak susahlah umi . Air sirap je " dia mengukirkan senyuman . Hajah Saadiah menggeleng sahaja . Budak Yara ni makin ditegah makin dibuat .

Diletakkan cawan-cawan itu di atas dulang usai dituang kesemuanya . Dia mengambil tempat di sisi Hajah Saadiah yang sibuk membuat bunga telur .

" Yara nak tolong "

HEMLOCK ✅Where stories live. Discover now